Announcement :

Verify Halal Status :

Pertemuan JAKIM dan JAINJ Perkasakan Halal Malaysia

PUTRAJAYA, 10 Februari 2020 – Demi mengukuhkan lagi imej pensijilan halal Malaysia, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) melalui Bahagian Pengurusan Halal (BPH) dan Bahagian Kawal Selia Halal (BKH) telah menerima kunjungan daripada Bahagian Pengurusan Halal, Jabatan Agama Islam Negeri Johor  (JAINJ) hari ini bertempat di Bilik Mesyuarat Utama, Aras 7, Blok D, Kompleks Islam Putrajaya.

Kunjungan yang diketuai oleh Tuan Haji Mustafa bin Omar, Ketua Penolong Pengarah, JAINJ tersebut bertujuan untuk mengadakan perbincangan lanjut berkaitan kerjasama penganjuran program-program promosi halal 2020 serta latihan Halal Professional Board (HPB) kepada tenaga pengajar. Turut dibincangkan berkenaan perihal kad kuasa Penolong Pengawal Perihal Dagangan (APD 2011)

Kunjungan penuh muhibah yang melibatkan 3 orang pegawai JAINJ ini telah disantuni oleh Pengarah Bahagian Pengurusan Halal JAKIM, Tuan Bukhari Md Akhir dan beberapa orang pegawai kanan dari kedua-dua bahagian halal di JAKIM. Semoga pertemuaan dan perbincangan seumpama ini akan mengeratkan lagi hubungan serta persefahaman antara kedua-dua belah pihak untuk mengukuhkan lagi promosi pensijilan halal Malaysia.

 

*Ikuti pelbagai aktiviti yang melibatkan Halal Malaysia di:-

 

http://bit.ly/FBHABHALAL

http://bit.ly/AktiviitiHabHalal

http://www.halal.gov.my/

http://www.islam.gov.my/

 

#YakiniHalalMalaysia

#HalalMalaysiaMenerajuiDunia

#RahmatanLil’Alamin

#Rahmah


982179:185 modules/news