Pengumuman :

Semak Status Halal :

Amalan Terbaik Pensijilan Halal Malaysia Fokus RTD Disember 2019

PUTRAJAYA, 17 Disember 2019 – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) sentiasa komited untuk menyediakan peluang dan ruang bagi menyantuni rakan-rakan industri dalam konteks memahami keperluan, memperkasa informasi serta melaksanakan prosedur Pensijilan Halal Malaysia dengan lebih berkesan melalui penganjuran Round Table Discussions (RTD) bersama wakil industri di bawah Persatuan Pengilang-Pengilang Malaysia hari ini.

RTD ini juga turut dilaksanakan menerusi konsep perkongsian pintar secara diskusi dua hala antara kedua-dua belah pihak seterusnya menyelaras isu-isu  berbangkit yang dipanjangkan oleh pihak industri sepanjang sesi perkongsian berlangsung di Bilik Mesyuarat Utama Aras 6, Bahagian Pengurusan Halal JAKIM, Blok D, Kompleks Islam Putrajaya.

Memetik ucapan pembukaan dan alu-aluan daripada Tuan Bukhari Md Akhir, Pengarah Bahagian Pengurusan Halal JAKIM, beliau sangat menghargai kehadiran dan komitmen industri kali ini sejajar dengan konsep “pensijilan halal secara bersama” di mana JAKIM dan Industri berganding tenaga dalam memastikan keperluan masyarakat awam dapat disediakan meliputi sarwajagat dan tuntutan ekosistem Halal Malaysia. Oleh itu, menurut beliau industri perlu bekerjasama dalam memastikan keseluruhan sistem pengesahan halal dapat dilestarikan.

Untuk rekod, RTD pada kali ini turut menampilkan 6 perkongsian informasi penting berkaitan Amalan Terbaik Pensijilan Halal Malaysi melalui medium pembentangan termasuk proses pensijilan, pengauditan, pemantauan dan penguatkuasaan dan pelbagai informasi halal terkini yang disampaikan oleh para pegawai dari Bahagian Pengurusan Halal, JAKIM.

 

*Ikuti pelbagai aktiviti yang melibatkan Halal Malaysia di:-

 

http://bit.ly/FBHABHALAL

http://bit.ly/AktiviitiHabHalal

http://www.halal.gov.my/

http://www.islam.gov.my/

 

#YakiniHalalMalaysia

#HalalMalaysiaMenerajuiDunia

#MelebarRisalahMenyantuniUmmah

#RahmatanLil’Alamin

#Rahmah


265544:209 modules/news