Announcement :

Verify Halal Status :

JAKIM Santuni Industri Tanpa Jejas Integriti

PUTRAJAYA, 19 November 2019 - Komitmen JAKIM dalam menyantuni pihak industri bagi memperoleh Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) diteruskan dengan penyerahan SPHM kepada beberapa buah syarikat pelbagai kategori termasuk industri farmaseutikal dan premis makanan hari ini.

Penyerahan SPHM tersebut telah disampaikan oleh Ketua Pengarah JAKIM, YBhg. Datuk Mohamad Nordin Ibrahim bertempat di ruang aktiviti, aras 7, Blok D, Kompleks Islam Putrajaya dan disaksikan oleh Dato' Dr Sirajuddin Suhaimee, Pengarah Bahagian Kawal Selia Halal dan Tuan Bukhari Md Akhir, Pengarah Bahagian Pengurusan Halal, JAKIM.

Turut hadir bersama, Tuan Haji Ahmad Musadad bin Haji Sulaiman, Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) dan Puan Yusheliza binti Mohd Yunus, Ketua Unit Integriti, JAKIM. Penyerahan SPHM ini diadakan sejurus selepas Majlis Ikrar Bebas Rasuah yang diadakan bersama warga kerja di kedua-dua bahagian halal di JAKIM.

Memetik kenyataan Ketua Pengarah JAKIM, bahawa Jabatan ini tidak sekali-kali akan berkrompomi dalam apa jua bentuk penyalahgunaan kuasa termasuk berkaitan hal ehwal pensijilan halal Malaysia demi menjaga mutu dan imejnya selaku badan pensijilan halal bertaraf dunia agar terus kekal terpelihara dan dihormati.

 

*Ikuti pelbagai aktiviti yang melibatkan Halal Malaysia di:-

 

http://bit.ly/FBHABHALAL

http://bit.ly/AktiviitiHabHalal

http://www.halal.gov.my/

http://www.islam.gov.my/

 

#YakiniHalalMalaysia

#HalalMalaysiaMenerajuiDunia

#MelebarRisalahMenyantuniUmmah

#RahmatanLil’Alamin

#Rahmah

modules/news
https://bkdiklat.cirebonkota.go.id/ slot4d slot thailand Nagahoki303 indo877 member303 dewahoki303 dewahoki303 agendewa88 link bio slot bca slot4d jlpt.unud.ac.id slot idn slot77 slot dana slot qris slot bri member303 dewahoki303 slot gacor slot nexus slot mpo akun pro amerika akun pro filipina akun pro hongkong akun pro jepang akun pro kamboja akun pro malaysia akun pro monaco akun pro singapore akun pro taiwan akun pro thailand akun pro amerika akun pro filipina akun pro hongkong akun pro jepang akun pro kamboja akun pro rusia slot88 slot idn slot77 judi bola slot deposit 10 ribu togel online slot88 slot online slot nexus slot gacor online judi bola