Pengumuman :

Semak Status Halal :

Kunjung Hormat Islamic Development Bank (IsDB), Jeddah

PUTRAJAYA, 15 Februari 2019 - Majlis Halal Malaysia, JAKIM telah menerima kunjung hormat dari delegasi Islamic Development Bank (IsDB) Jeddah, Arab Saudi yang diketuai oleh En. Mohammad Jamaat Alsaati, Director, Office of the President IDBG. Kunjungan yang berlangsung di Blok D, Kompleks Islam Putrajaya ini merupakan perkongsian mengenai perkembangan terkini perlaksanaan Inisiatif Pensijilan Halal Malaysia.

Selain itu, kunjungan kali ini berhasrat untuk meneroka bidang kerjasama yang boleh dimanfaatkan bersama antara JAKIM dan IsDB. Sehubungan dengan itu, perkongsian ini bermatlamat agar dapat mewujudkan ruang komunikasi dua hala dalam memacu dan memperkukuhkan lagi ekosistem Halal Global.

JAKIM amat optimis, ruang kerjasama ini boleh bergerak ke hadapan seiring dengan matlamat dan gagasan rahmatan lil alamin buat seluruh ummah. Pengarah Majlis Halal Malaysia, Dato' Dr. Sirajuddin Suhaimee serta beberapa orang pegawai kanan dari Majlis Halal Malaysia dan Bahagian Pengurusan Halal JAKIM turut sama dalam menyantuni kunjungan hormat ini di samping menumpukan perhatian terhadap perkongsian maklumat oleh pihak IsDB.

 

http://bit.ly/FBHABHALAL

http://bit.ly/AktiviitiHabHalal

www.halal.gov.my

www.islam.gov.my

 

#YakiniHalalMalaysia

#SemakSebelumSebar

#HalalConnectingTheWorld

#MelebarRisalahMenyantuniUmmah

modules/news