Announcement :

Verify Halal Status :

Majlis Penyampaian Sijil Penyertaan Latihan Majlis Profesional Halal

Bandar Enstek, Nilai, 29 Mac 2018 - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia melalui Bahagian Hab Halal mencipta sejarah yang tersendiri apabila Pusat Analisis Halal Malaysia atau lebih dikenali sebagai Malaysia Halal Analysis Centre (MyHAC) dirasmikan oleh YB Mejar Jeneral Dato' Seri Jamil Khir Hj. Baharom (B), Menteri Di Jabatan Perdana Menteri mewakili Timbalan Perdana Menteri Malaysia, YAB Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.

Terdapat dua kursus diadakan sepanjang lima hari tersebut iaitu Kursus Eksekutif Halal dan Kursus Jawatankuasa Halal Dalaman. Peserta kursus ini terdiri daripada Ahli Badan Pensijilan Halal Seluruh Dunia yang diiktiraf oleh Jakim dan pemain industri tempatan dan luar negara.

Sepanjang program ini, diharapkan semua peserta dapat mempelajari dan memahami peranan eksekutif halal dan bagaimana menjadi auditor halal dalaman yang kompeten.

Pada 30 Mac 2018, dengan berakhirnya penyampaian Sijil Penyertaan Halal Professional Board Courses (HPBC), maka berakhirlah program HPBC pada tahun ini.

Para peserta telah menjalani penilaian terakhir bagi latihan berdasarkan modul yang telah dibangunkan oleh Majlis Profesional Halal Jakim. Tujuan penilaian akhir dijalankan adalah untuk menilai kompetensi peserta berdasarkan modul eksekutif halal dan modul jawatankuasa halal dalaman.

Semoga program seumpama ini mampu melahirkan tenaga kerja halal yang lebih mahir dan seterusnya meningkatkan imej pensijilan halal di mata dunia.

 

 

 

modules/news