Announcement :

Verify Halal Status :

Makluman Pelanjutan Tempoh Penggunaan Label Pembungkusan Format Lama

Bahagian Pengurusan Halal, JAKIM telah menerima banyak pertanyaan dan permohonan dari pemegang Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) berkenaan pelanjutan tempoh penggunaan label pembungkusan format lama. Justeru, Mesyuarat Panel Pengesahan Halal Malaysia telah bersetuju untuk memberi kebenaran pelanjutan tempoh penggunaaan label pembungkusan format lama kepada pemegang SPHM sehingga 31 Disember 2022. 

Walau bagaimanapun, syarikat hendaklah mengemukakan permohonan secara bertulis kepada pihak berkuasa berwibawa yang menguruskan permohonan pensijilan halal syarikat. Hebahan ini sebagai susulan dari "Pemakluman Berkaitan Perubahan Pembungkusan & Pelabelan Produk Kepada Pihak Industri" yang pernah diuar-uarkan pada 6 November 2020 yang lalu.

Sebarang pertanyaan lanjut berhubung perkara ini, sila hubungi En. Mohd Nasir bin Sulaiman di talian 03-88925098 atau e-mel ke mohd_nasir@islam.gov.my

Nota tambahan:

▶️ Bagi permohonan SPHM yang diuruskan oleh Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN), sila hubungi Bahagian Pengurusan Halal Negeri-Negeri berkenaan di http://tinyurl.com/taliantelefonhalal

▶️ Sebarang pertanyaan berkaitan pensijilan halal juga boleh dibuat melalui e-mel pr_halal@islam.gov.my atau di peti masuk (inbox) Facebook Bahagian Hab Halal, JAKIM dan talian WhatsApp http://www.wasap.my/+601115660387/BPHJAKIM

Terima kasih.

"Yakini Halal Malaysia"

Seksyen Komunikasi Korporat,
Bahagian Pengurusan Halal,
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia.
📧 pr_halal@islam.gov.my
☎ 03-8892 5000/1
22 Rabiulawal 1443H
29 Oktober 2021M

#YakiniHalalMalaysia
#HalalMalaysiaHaveFaith
#MalaysiaPrihatin 
#AgainstCovid19

dewahoki303 nagahoki303 indo877 nagahoki303 Dewahoki303 Dewahoki303 Slot Rtp Slot Slot Nexus