Announcement :

Verify Halal Status :

BPH JAKIM Santuni Lawatan Industri Diploma Pengurusan Halal

PUTRAJAYA, 17 Januari 2020 — Demi memantapkan lagi kefahaman halal dalam kalangan pengguna, Bahagian Pengurusan Halal JAKIM telah menerima lawatan ilmiah melibatkan hampir 50 orang penuntut dari Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS), Kelantan Darul Naim hari ini yang berlangsung di Kompleks Islam Putrajaya.

Pelbagai perkongsian disampaikan oleh pegawai dari Seksyen Komunikasi Korporat di Bahagian ini khususnya penjelasan mengenai isu-isu halal semasa serta pendedahan berkenaan kepentingan pensijilan halal dan impaknya kepada pengguna serta industri di luar sana termasuk insiatif-inisiatif rahmah yang telah digerakkan oleh JAKIM dalam memperkasa pensijilan halal Malaysia.

Semoga dengan lawatan dan program seumpama ini akan memperkukuhkan lagi hubungan antara agensi agama dan para penuntut di luar sana khususnya dalam melahirkan bakal-bakal pelapis negara yang akan terus  mengangkat halal Malaysia selaku peneraju badan pensijilan halal bertaraf dunia. 

*Ikuti pelbagai aktiviti yang melibatkan Halal Malaysia di:-

http://bit.ly/FBHABHALAL

http://bit.ly/AktiviitiHabHalal

http://www.halal.gov.my/

http://www.islam.gov.my/

 

#YakiniHalalMalaysia

#HalalMalaysiaMenerajuiDunia

#RahmatanLil’Alamin

#Rahmah

modules/news
dewahoki303 nagahoki303 indo877 nagahoki303