Announcement :

Verify Halal Status :

Kolaborasi Halal Malaysia Melonjak Pembangunan Usahawan Bumiputera B40

PUTRAJAYA, 12 Disember – Jaringan kerjasama antara Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) melalui Bahagian Pengurusan Halal bersama Agensi Pembimbing Usahawan diperkasa melalui kolaborasi strategik bersama Universiti Sains Malaysia, TERAJU dan Jabatan Tenaga Kerja.

Kolaborasi strategik yang diteruskan ini merupakan salah satu usahasama pintar untuk memperkukuh pembangunan inklusif dan kesejahteraan rakyat terutama di kalangan usahawan Bumiputera B40 melalui pelaksanaan program Pensijilan Halal Malaysia kepada usahawan Bumiputera B40 di bawah Dana Pembangunan Usahawan Bumiputera (DPUB).

Encik Bukhari Bin Md. Akhir, Pengarah Bahagian Pengurusan Halal JAKIM, ketika menyampaikan ucapan alu-aluannya, amat terbuka dengan sebarang bentuk jalinan kerjasama antara JAKIM dan agensi-agensi pembimbing agar usaha murni ini dapat membantu usahawan khususnya di kalangan usahawan Bumiputera B40 untuk memiliki Sijil Pengesahan Halal Malaysia.

Menurut beliau lagi, Sijil Pengesahan Halal Malaysia secara tidak langsung berupaya melonjakkan ekonomi setempat, meningkatkan ruang dan menawarkan peluang kerjaya serta menjadi penyumbang dalam memperkasa ekonomi negara pada masa hadapan.

Pertemuan singkat yang penuh curahan rahmat ini antara lain turut meneroka ruang terbaik yang boleh dilaksanakan bagi memperkaya kesedaran dan maklumat halal Malaysia yang diperlukan oleh komuniti tersebut.

Selain itu, kerjasama ini turut menyentuh pendekatan terbaik yang boleh diusahakan oleh kesemua agensi yang hadir untuk menggembleng kepakaran sedia ada bagi membangun kapasiti serta jati diri usahawan Bumiputera yang terlibat.

 

*Ikuti pelbagai aktiviti yang melibatkan Halal Malaysia di:-

 

http://bit.ly/FBHABHALAL

http://bit.ly/AktiviitiHabHalal

http://www.halal.gov.my/

http://www.islam.gov.my/

 

#YakiniHalalMalaysia

#HalalMalaysiaMenerajuiDunia

#MelebarRisalahMenyantuniUmmah

#RahmatanLil’Alamin

#Rahmah

​​​​​​​

modules/news
https://bkdiklat.cirebonkota.go.id/ slot4d slot thailand Nagahoki303 indo877 member303 dewahoki303 dewahoki303 agendewa88 link bio slot bca slot4d jlpt.unud.ac.id slot idn slot77 slot dana slot qris slot bri member303 dewahoki303 slot gacor slot nexus slot mpo akun pro amerika akun pro filipina akun pro hongkong akun pro jepang akun pro kamboja akun pro malaysia akun pro monaco akun pro singapore akun pro taiwan akun pro thailand akun pro amerika akun pro filipina akun pro hongkong akun pro jepang akun pro kamboja akun pro rusia slot88 slot idn slot77 judi bola slot deposit 10 ribu togel online slot88 slot online slot nexus slot gacor online judi bola