Announcement :

Verify Halal Status :

Lawatan Kerja Yayasan Dakwah Halal Indonesia

PUTRAJAYA, 26 November - Bagi meningkatkan lagi kerjasama dalam bidang pensijilan halal, Yayasan Dakwah Halal, Lembaga Pemeriksaan Halal (LPH) Indonesia telah mengadakan lawatan kerja ke Majlis Halal Malaysia, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) hari ini.

Delegasi lawatan yang tiba sekitar jam 9.00 pagi dan diketuai oleh Yth Bapak Edy Hayatullah, Pengurus Harian, Yayasan Dakwah Halal, Indonesia itu telah berlangsung di Bilik Mesyuarat Utama, Aras 7, Majlis Halal Malaysia, Blok D, Kompleks Islam Putrajaya.

Antara perkongsian utama lawatan kerja kali ini ialah berkaitan pelaksanaan pengurusan pensijilan halal di Malaysia yang dibentangkan oleh Ustaz Mohd Asri Abdullah, Ketua Penolong Pengarah, Majlis Halal Malaysia.

Turut bersama menyantuni delegasi lawatan kerja ialah En Mohd Fakarudin Mas'od, Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Pengurusan & Pensijilan Halal, JAKIM.

http://bit.ly/FBHABHALAL

http://bit.ly/AktiviitiHabHalal

www.halal.gov.my

www.islam.gov.my

#YakiniHalalMalaysia

#HalalConnectingTheWorld

dewahoki303 nagahoki303 indo877 nagahoki303 Dewahoki303 Dewahoki303 Slot Rtp Slot Slot Nexus slot gacor