Announcement :

Verify Halal Status :

Makluman Terkini Operasi Pensijilan Halal Malaysia Sepanjang Tempoh Total Lockdown Fasa Pertama 01 - 14 Jun 2021

Selaras dengan pengumuman 'total lockdown' fasa pertama yang diumumkan oleh Kerajaan bermula 01 - 14 Jun 2021 ini, Bahagian Pengurusan Halal (BPH) JAKIM akan menutup sepenuhnya Kaunter Khidmat Pelanggan Aras 6 & 7, Blok D, Kompleks Islam Putrajaya dan sebarang janji temu ditangguhkan sehingga ke tarikh yang akan dimaklumkan kelak.

Walau bagaimanapun, pihak industri dan pengguna boleh berhubung dengan Bahagian ini melalui e-mel di 👇🏾mengikut keperluan:-

✳️ Pertanyaan Berkaitan Proses Pensijilan Halal Malaysia:-

1️⃣ Hanya permohonan dan dokumen sokongan  yang dihantar secara softcopy melalui emel seksyenproses@gmail.com akan diproses dalam tempoh total lockdown ini.

2️⃣ Sebarang dokumen hardcopy yang diposkan dan diterima sepanjang tempoh ini akan diproses selepas pejabat dibuka semula.

3️⃣ Sebarang pertanyaan lanjut berkaitan permohonan pensijilan halal boleh dihantar melalui emel ke seksyenproses@gmail.com.

✳️ Pertanyaan Berkaitan Sijil:-

1️⃣ Cetakan Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) ditangguhkan sepanjang tempoh total lockdown. Pemohon yang berjaya boleh mencetak Surat 8 "Surat Makluman Kelulusan Permohonan Sijil Halal Malaysia" melalui akaun MYeHALAL masing-masing

2️⃣ Permohonan Nota Konsainan hendaklah di e-melkan ke alamat  consignhalal.jakim@gmail.com.

3️⃣Bayaran fi permohonan Nota Konsainan hendaklah dipos bersama-sama salinan surat fi  ke alamat:-

Bahagian Pengurusan Halal, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, Aras 7, Blok D, Kompleks Islam Putrajaya, No. 3, Jalan Tun Abdul Razak, Presint 3, 62100, Putrajaya dan resit bayaran akan diemelkan kepada pemohon (sila nyatakan alamat emel anda). Nota Konsainan akan diemel kepada pemohon setelah bayaran diselesaikan.

4️⃣Sebarang urusan pasca pensijilan seperti perubahan bahan ramuan, maklumat pengurusan dan lain-lain hendaklah di e-melkan kepada  rashidah@islam.gov.my untuk tindakan selanjutnya.

✳️ Pertanyaan Berkaitan Pembayaran Fi Pensijilan & Fi Nota Konsainan:

Pembayaran yang dibuat melalui pos dan kurier ia akan berjalan seperti biasa dan setiap pembayaran hendaklah di e-melkan ke:-

👨🏻‍💼Encik Muhammad Khalid bin Osman
📧mkhalid_osman@islam.gov.my

✳️ Pertanyaan Berkaitan Pemantauan & Penguatkuasaan

Sebarang pertanyaan berkaitan atau urusan serahan SPHM syarikat ke Cawangan Pemantauan dan Penguatkuasaan (CPP) BPH JAKIM, boleh dibuat melalui e-mel:-

 unitpentadbiran.cpp@gmail.com

✳️ Urusan/pertanyaan berkaitan pengauditan halal Malaysia:-

Pengauditan akan dilaksanakan secara remote sepanjang tempoh total lockdown.

Sebarang pertanyaan atau maklum balas, boleh diajukan ke e-mel :  unitjadual.halal@gmail.com

Nota tambahan:

▶️Bagi permohonan SPHM yang diuruskan oleh Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN), sila hubungi Bahagian Pengurusan Halal Negeri-Negeri berkenaan di http://tinyurl.com/taliantelefonhalal

▶️ Sebarang pertanyaan lanjut boleh dibuat melalui e-mel pr_halal@islam.gov.my atau di peti masuk (inbox) Facebook Bahagian Hab Halal, JAKIM.

Terima kasih.

"Yakini Halal Malaysia"

Seksyen Komunikasi Korporat,
Bahagian Pengurusan Halal,
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia.
📧 pr_halal@islam.gov.my
☎ 03-8892 5000/1
19 Syawal 1442H
31 Mei 2021M

#YakiniHalalMalaysia
#HalalMalaysiaHaveFaith
#StayAtHome
#AllahJagaKita
#AgainstCovid19
#MusaadahCovid19

modules/news