Announcement :

Verify Halal Status :

Halal Malaysia Menarik Minat Tetamu Diraja

KOMPLEKS ISLAM PUTRAJAYA, 07 Ogos 2019 - Bahagian Pengurusan Halal dan Sekretariat Majlis Halal Malaysia, JAKIM melakar sejarah tersendiri apabila terlibat secara langsung dalam persiapan menerima kunjungan tetamu diraja, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XVI Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah ke Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) hari ini.

Antara persiapan yang telah disusun rapi oleh bahagian ini ialah penyediaan kaunter khusus Halal Malaysia yang dibuka bermula 06 Ogos 2019 di lobi utama Blok A, Kompleks Islam Putrajaya. Kaunter halal ini turut menjadi perhatian rombongan tetamu diraja dalam memperoleh info-info berkaitan Pensijilan Halal Malaysia serta aktiviti-aktiviti halal semasa yang dirancang dan dilaksanakan oleh pihak JAKIM melalui Bahagian Pengurusan Halal dan Sekretariat Majlis Halal Malaysia, JAKIM.

Keberangkatan tiba Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong mencemar duli ke Kompleks Islam Putrajaya hari ini telah disambut oleh Ketua Pengarah JAKIM, YBhg. Datuk Nordin Ibrahim bersama pengarah-pengarah Bahagian dan warga JAKIM. Turut serta meraikan tetamu diraja hari ini ialah YBhg. Sahibus Samahah Dato' Seri Dr.  Zulkifli Mohamad Al-Bakri, Mufti Wilayah Persekutuan.

 

*Ikuti pelbagai aktiviti yang melibatkan Halal Malaysia di:-

 

http://bit.ly/FBHABHALAL

http://bit.ly/AktiviitiHabHalal

http://www.halal.gov.my/

http://www.islam.gov.my/

 

#YakiniHalalMalaysia

#HalalMalaysiaMenerajuiDunia

#MelebarRisalahMenyantuniUmmah

#RahmatanLil’Alamin


35307:182