Announcement :

Verify Halal Status :

Info Terkini Halal Malaysia

Susulan pengumuman terkini yang dibuat oleh YAB Tan Sri Dato’ Hj. Muhyiddin bin Hj. Mohd Yassin, berkenaan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan dilanjutkan sehingga 14 April 2020, JAKIM ingin memaklumkan beberapa perkara untuk diberi perhatian:

▶️Penutupan kaunter Bahagian Pengurusan Halal, JAKIM untuk urusan permohonan, bayaran, dan penghantaran dokumen sokongan bagi permohonan Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM).

▶️Dokumen bayaran dan dokumen sokongan permohonan SPHM hendaklah dihantar ke JAKIM selewat-lewatnya pada 30 April 2020.

▶️Pelanjutan tempoh pembayaran bagi surat caj yang dikeluarkan bermula 1 Mac 2020.

▶️Sistem MyeHALAL  yang merupakan aplikasi pengguna bagi aktiviti penghantaran permohonan secara online berfungsi seperti biasa.

▶️Pengesahan pendaftaran akaun MYeHALAL dijalankan seperti biasa.

▶️Semakan ke atas permohonan online dan dokumen sokongan yang telah diterima dijalankan seperti biasa.
 
▶️ Meneliti dan membuat pengesahan semakan dokumen dan bahan-bahan ramuan untuk setiap ulasan yang disediakan oleh pegawai penyemak. 

▶️Segala maklum balas akan dibuat melalui sistem MYeHALAL atau e-mail.

▶️Semua urusan dan proses pengauditan pensijilan halal ditangguhkan hingga Perintah Kawalan Pergerakan berakhir. 

▶️Menyemak dan meneliti maklum balas Laporan Ketidakakuran yang dikeluarkan semasa audit lapangan (bagi pengauditan yang dijalankan sebelum Perintah Kawalan Pergerakan).

▶️Proses cetakan SPHM dihentikan sementara waktu sehingga 14 April 2020.

▶️Permohonan SPHM yang diuruskan oleh JAKIM bagi kawasan Lembah Klang dan diluluskan, SPHM akan dikirim melalui perkhidmatan Pos Laju. Pengambilan SPHM di kaunter Bahagian Pengurusan Halal, JAKIM akan dibuka semula setelah tamat tempoh Perintah Kawalan Pergerakan. 

▶️Kesemua program yang telah dijadualkan hingga hujung April 2020 ditangguhkan sehingga ke tarikh lain yang akan dimaklumkan.

▶️Menjawab segala pertanyaan isu halal yang dikemukakan oleh pengguna  dari dalam dan luar negara melalui e-mail atau FB Bahagian Hab Halal, JAKIM.

▶️Semakan status halal produk dan premis makanan masih boleh dibuat melalui direktori halal Malaysia www.halal.gov.my atau di aplikasi telefon pintar Smart Halal yang boleh dimuat turun appsnya di https://play.google.com/store/apps/details?id=com.dermaga.smarthalalplatform

Makluman ini dibuat sebagai satu langkah untuk memastikan perkhidmatan permohonan SPHM berjalan lancar dan dapat menghilangkan keresahan pelanggan ekoran pelanjutan tempoh terbabit demi kesejahteraan rakyat Malaysia.

Nota : Tiada sebarang penolakan secara automatik melalui sistem sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan sehingga 30 April 2020.

Unit Komunikasi Korporat, 
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
📧 pr_halal.islam@1govuc.gov.my
☎ 03-88925000/1
02 Syaaban 1441 H
27 Mac 2020 M

“Ya Allah Ya Rahman Ya Syaafii
Engkau berilah kesembuhan kepada saudara-saudara kami yang dijangkiti wabah Cononavirus  walau di mana sahaja mereka berada. Sesungguhnya tiada penyakit yang tidak dapat Engkau sembuhkan Ya Allah”

#YakiniHalalMalaysia
#HalalMalaysiaMenerajuiDunia
#HalalConnectingTheWorld
#HalalMalaysiaHaveFaith
#HalalForAll
#StaySafe
#StayAtHome
#MusaadahCOVID19


1399347:180
dewahoki303 nagahoki303 indo877 nagahoki303 Dewahoki303