Inisiatif Rahmah Halal Malaysia (Whitelist)
"Whitelist"
▶ Apakah itu whitelist?
✳ Whitelist merupakan satu insiatif rahmah halal Malaysia yang diperkenalkan bagi merangsang penglibatan industri dalam pensijilan halal Malaysia.
✳Ianya merupakan satu mekanisme pengiktirafan yang diberikan oleh Bahagian Pengurusan Halal, JAKIM kepada syarikat atau pemegang Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) yang komited dengan syarat-syarat pensijilan halal Malaysia.
▶ Apakah kriteria-kriteria penerima whitelist ini?:-
1. Memenuhi keperluan umum dan khusus Manual Prosedur Pensijilan Halal Malaysia (MPPHM);
2. Merupakan pemegang SPHM yang aktif bagi tempoh minimum 4 tahun daripada skim selain rumah sembelih dan hotel;
3. Membangun, mengamal, dan mengekalkan Sistem Jaminan Halal dengan baik dan berkesan;
4. Mempunyai rekod yang baik dan tidak pernah dikenakan sebarang tindakan penarikan balik SPHM sepanjang 4 tahun; dan
5. Lain-lain kriteria yang ditetapkan oleh pihak berkuasa berwibawa.
☎📧Untuk maklumat lanjut, hubungi kami di talian 03-88925143/5084 atau emel di roslida@islam.gov.my/ norazlina.ali@islam.gov.my