Announcement :

Verify Halal Status :

JAKIM Santuni Lawatan Bakal Mahasiswa

PUTRAJAYA, 16 Januari 2019 — Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) melalui Bahagian Pengurusan Halal (BPH) telah menyantuni lawatan sambil belajar daripada pelajar-pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang dikelola oleh pihak SEGi College Subang Jaya dengan kerjasama QSR Brands (M) Holdings Berhad.

Lawatan ilmiah yang berlangsung hampir 2 jam bermula sekitar 10 pagi di Kompleks Islam Putrajaya tersebut telah disertai oleh hampir 90 orang pelajar lelaki dan wanita termasuk 4 orang pensyarah pengiring dengan tujuan untuk mengetahui dengan lebih dekat berkenaan maklumat berkaitan pensijilan halal Malaysia khususnya penjelasan berkenaan isu-isu halal yang tular.

Turut dikongsi bersama  informasi berkaitan pemantauan & penguatkuasaan yang telah disampaikan oleh En. Mohd Hafizul Ayub dari Cawangan Pemantauan & Penguatkuasaan Halal, Bahagian Pengurusan Halal, JAKIM bersama pegawai-pegawai dari Seksyen Komunikasi Korporat dan Bahagian Kawal Selia Halal, JAKIM.

*Ikuti pelbagai aktiviti yang melibatkan Halal Malaysia di:-

http://bit.ly/FBHABHALAL

http://bit.ly/AktiviitiHabHalal

http://www.halal.gov.my/

http://www.islam.gov.my/

 

#YakiniHalalMalaysia

#HalalMalaysiaMenerajuiDunia

#MelebarRisalahMenyantuniUmmah

#RahmatanLil’Alamin

#Rahmah

https://pur-fuelcell.unsri.ac.id/