Announcement :

Verify Halal Status :

Status Terkini Makmal Panel Halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)

HALVEC LABORATORIES SDN. BHD
(No. MPH 3/2017 sah sehingga 23/7/2021)

Hebahan bertarikh 24 Februari 2021 melalui medium Portal Rasmi Halal Malaysia dan Facebook Bahagian Hab Halal JAKIM adalah berkaitan.

Merujuk kepada pemeriksaan semula yang telah dilaksanakan berikutan perpindahan lokasi premis HALVEC LABORATORIES SDN BHD dan berdasarkan peruntukan peraturan Manual Makmal Panel Halal (Semakan Kedua) 2019, mesyuarat Jawatankuasa Makmal Panel Halal JAKIM Bil. 2/2021 yang telah bersidang pada 18 Mac 2021 bersetuju bahawa HALVEC LABORATORIES SDN BHD yang beralamat di:

G-E-4,
Level G, Enterprise 4
Technology Park Malaysia
Lebuhraya Puchong – Sg. Besi,
Bukit Jalil 57000
Kuala Lumpur

meneruskan operasi perkhidmatan selaku Makmal Panel Halal JAKIM dalam tempoh sah laku sijil pengiktirafan sedia ada berkuatkuasa mula dari tarikh 18 Mac 2021 dengan tertakluk kepada bidang ujian serta skop akreditasi yang telah ditetapkan dan diiktiraf JAKIM.

Sekian.

"Yakini Halal Malaysia"

Seksyen Komunikasi Korporat,
Bahagian Pengurusan Halal,
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia.
📧 pr_halal.islam@1govuc.gov.my
☎ 03-8892 5000/1
15 Syaaban 1442H
29 Mac 2021M
http://bit.ly/FBHABHALAL
www.halal.gov.my

#YakiniHalalMalaysia
#SemakSebelumSebar
#MusaadahCovid19
#AgainstCovid19

modules/news