Announcement :

Verify Halal Status :

Keperluan Borang Penghantaran Sampel Produk Serta Bahan Mentah Berasaskan Kolagen Dan Gelatin Untuk Ujian Makmal (Analisis DNA Haiwan) Di Jabatan Kimia Malaysia Bagi Tujuan Pensijilan Halal Malaysia

Hebahan pelaksanaan keperluan dan mekanisme analisis pensampelan produk serta bahan mentah berasaskan kolagen dan gelatin yang dimuatnaik pada 14 dan 15 Januari 2021 menerusi Facebook Bahagian Hab Halal, JAKIM dan Portal Rasmi Halal Malaysia adalah dirujuk.

Sehubungan itu, bagi tujuan permohonan Pensijilan Halal Malaysia (PHM) sama ada dikemukakan kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) atau Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN), pihak syarikat pemohon/pemegang Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) atau pengimport/pembekal produk serta bahan mentah berasaskan kolagen dan gelatin perlu memuat turun borang ruj.: JAKIM.700-2/2/3 melalui Portal Rasmi Halal Malaysia (www.halal.gov.my) [ klik di sini ]

Borang yang telah lengkap diisi hendaklah dikemukakan kepada Jabatan Kimia Malaysia beserta sampel produk atau bahan mentah berkenaan untuk permohonan ujian makmal (analisis DNA haiwan). 

Adalah diingatkan bahawa pihak syarikat pemohon/pemegang SPHM atau pembekal/pengimport hendaklah mencatatkan nombor permohonan PHM di ruang keterangan di dalam borang tersebut sebagai pengesahan permohonan PHM telah dilakukan.

Kegagalan pihak syarikat pemohon/pemegang SPHM atau pengimport/pengimport menggunapakai dan melengkapkan borang berkenaan akan menyebabkan permohonan ujian makmal (analisis DNA) di Jabatan Kimia Malaysia ditolak.   

▶️ Untuk maklumat lanjut, boleh rujuk Seksyen Pematuhan, Cawangan Naziran, Bahagian Pengurusan Halal, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia :-

👨🏻‍💼Encik Shahriman bin Ali Pitchay,
📧shahriman@islam.gov.my
☎️03-88925182

🧕🏻Puan Normaliza binti Sahat,
📧normaliza@islam.gov.my
☎️03-88925077

Terima kasih 

"Yakini Halal Malaysia"

Seksyen Komunikasi Korporat,
Bahagian Pengurusan Halal,
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia.
📧 pr_halal.islam@1govuc.gov.my
☎ 03-8892 5000/1
24 Ramadan 1442H
06 Mei 2021M
http://bit.ly/FBHABHALAL
www.halal.gov.my

#YakiniHalalMalaysia
#SemakSebelumSebar
#MusaadahCovid19
#AgainstCovid19


191040:185 modules/news