Announcement :

Verify Halal Status :

Jawatankuasa Mengkaji Kes (JKMK) JAKIM Bersama KPDNHEP Siri 1/2020

PUTRAJAYA - Bahagian Pengurusan Halal, JAKIM melalui Cawangan Pemantauan & Penguatkuasaan telah  menganjurkan Bengkel Jawatankuasa Mengkaji Kes (JKMK) JAKIM bersama KPDNHEP Siri 1/2020 pada 18 Februari 2020 bertempat di Bilik Mesyuarat Utama Aras 6, Kompleks Islam Putrajaya. Bengkel ini telah dihadiri oleh 3 orang pegawai dari Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) yang diketuai oleh Tuan Shamsul Nizam bin Khalil selaku Ketua Seksyen Siasatan, Bahagian Penguatkuasaan KPDNHEP.

Antara tujuan utama bengkel ini bagi mendapatkan pandangan dan khidmat kepakaran pihak KPDNHEP dalam urusan pengendalian siasatan kes berkaitan halal. Program ini juga merupakan medium perkongsian isu-isu semasa dalam perundangan halal, di samping terus merapatkan hubungan strategik antara kedua-dua agensi.

Bengkel sehari yang bermula sekitar jam 9.00 pagi ini didahulukan dengan ucapan aluan oleh YBhg.Tuan Bukhari bin Md Akhir, Pengarah Bahagian Pengurusan Halal JAKIM dan turut disertai Ketua Penolong Pengarah Kanan Cawangan Pemantauan dan Penguatkuasaan, Puan Siti Rahmaniah binti Bachok serta pegawai-pegawai dari Seksyen Penguatkuasaan.  Bengkel berakhir sekitar jam 5.30 petang dan akan diteruskan dengan siri yang berikutnya.

 

*Ikuti pelbagai aktiviti yang melibatkan Halal Malaysia di:-

 

http://bit.ly/FBHABHALAL

http://bit.ly/AktiviitiHabHalal

http://www.halal.gov.my/

http://www.islam.gov.my/

 

#YakiniHalalMalaysia

#HalalMalaysiaMenerajuiDunia

#RahmatanLil’Alamin

#Rahmah

dewahoki303 nagahoki303 indo877 nagahoki303 Dewahoki303 Dewahoki303 Slot Rtp Slot Slot Nexus