Announcement :

Verify Halal Status :

Siri Jelajah Kesedaran Halal Malaysia Bersama Rakan Niaga R&R PLUS Diteruskan

JOHOR BAHRU – Kerjasama strategik antara Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Bahagian Pengurusan PLUS Sdn Bhd diteruskan lagi menerusi siri penjelajahan  program Pengenalan dan Kesedaran Halal Malaysia.

Program jelajah rahmah menyantuni ummah ini telah berjaya dilaksanakan pada 31 Oktober 2019 semalam dan merupakan kesinambungan daripada usaha memperkasa kesedaran halal Malaysia kepada usahawan bimbingan atau rakan niaga PLUS Sdn Bhd.

Program yang dilaksanakan di KSL Hotel & Resort, Johor Bahru ini telah dihadiri lebih 60 orang rakan niaga PLUS Sdn Bhd Wilayah Selatan merangkumi Negeri Sembilan, Melaka dan Johor.

Objektif yang disasarkan adalah bagi memastikan usahawan-usahawan khususnya bagi kategori sederhana dan kecil mampu memahami skop pensijilan halal Malaysia dengan lebih bersepadu dan komprehensif melalui kerjasama strategik bersama agensi pembimbing.

Melalui pendekatan yang lebih mesra dan turun padang ini, program sebegini sangat bertepatan untuk dilaksanakan secara langsung bersama usahawan agar impak lebih berkesan seterusnya meningkatkan lagi jumlah pemegang Sijil Pengesahan halal Malaysia dari semasa ke semasa.

Siri jelajah ketiga dan terakhir pada tahun ini bersama PLUS akan diteruskan di Wilayah Tengah pada 11 November ini.

 

*Ikuti pelbagai aktiviti yang melibatkan Halal Malaysia di:-

 

http://bit.ly/FBHABHALAL

http://bit.ly/AktiviitiHabHalal

http://www.halal.gov.my/

http://www.islam.gov.my/

 

#YakiniHalalMalaysia

#HalalMalaysiaMenerajuiDunia

#MelebarRisalahMenyantuniUmmah

#RahmatanLil’Alamin

#Rahmah


639334:180
pedia77
rtp-pedia77
login-pedia77
daftar-pedia77
spin-pedia77
link-pedia77
alternatif-pedia77
situs-pedia77
result-macau
bandar-bola
judi-bola
rtp-slot
rtp-live
judi-slot
qq-poker
dominoqq
pkv-games
slot-ug
slot-sga
situs-togel-online
pedia77
rtp-pedia77
login-pedia77
daftar-pedia77
spin-pedia77
link-pedia77
alternatif-pedia77
situs-pedia77
slot-gacor
slot-dana
slot-resmi
slot-pulsa
slot-ewallet
slot-bca
slot-bonus
slot-terbaru
slot-thailand
slot-kamboja
togel-macau
togel-hongkong