Pengumuman :

Semak Status Halal :

Penawaran Pensijilan Halal Malaysia Bagi Skim Produk Peranti Perubatan

Adalah dimaklumkan bahawa Pensjilan Halal Malaysia Skim Produk Peranti Perubatan akan ditawarkan bermula 01 April 2022.

Berikut merupakan syarat dan keperluan Pensijilan Halal Skim Produk Peranti Perubatan :

1️⃣ Premis hendaklah memiliki Lesen Establishment yang masih sah daripada Medical Device Aauthority (MDA).

2️⃣ Produk peranti perubatan hendaklah memiliki Sijil Pendaftaran Peranti Perubatan yang masih sah daripada MDA atau memiliki surat pengecualian keperluan pendaftaran peranti perubatan daripada MDA.

Hanya produk yang memenuhi kriteria berikut layak memohon iaitu:

🔸Wujud keraguan pada sumber bahan pembuatan atau ramuan yang berkemungkinan daripada sumber halal atau tidak halal;

🔸Produk untuk tujuan yang sama (similar intended purpose) seperti yang berikut :

- Produk dalam bentuk cecair;

- Produk jenis grafting;

- Produk jenis implants; dan

- Produk prosthetic (yang bersesuaian sahaja).

🔸Tidak mengelirukan sekiranya dipersijilkan; dan

🔸Tertakluk kepada kelulusan pihak berkuasa berwibawa.

Pihak syarikat atau pemohon hendaklah memastikan keperluan Manual Prosedur Pensijilan Halal Malaysia (Domestik) 2020, Sistem Pengurusan Halal Malaysia (MHMS) 2020, MS 2636:2019 Halal Medical Device-General Requirements, Akta Peranti Perubatan 2012 (Akta 737) serta lain-lain perundangan dan peraturan terkini yang dikuatkuasakan oleh pihak berkuasa berkaitan dipatuhi.

▶️ Permohonan Sijil Pengesahan Halal Malaysia Skim Peranti Perubatan hendaklah dibuat melalui sistem MYeHALAL di www.halal.gov.my 

Terima kasih

"Yakini Halal Malaysia"

Seksyen Komunikasi Korporat,
Bahagian Pengurusan Halal,
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia.
📧 pr_halal@islam.gov.my
☎ 03-8892 5000/1
27 Syaaban 1443H
30 Mac 2022M
http://bit.ly/FBHABHALAL
www.halal.gov.my

#YakiniHalalMalaysia
#SemakSebelumSebar
#KeluargaMalaysia 
#AgainstCovid19


627595:180 modules/news