Pemakluman Berkaitan Perubahan Pembungkusan & Pelabelan Produk Kepada Pihak Industri
Pihak kami menerima banyak pertanyaan dari industri di luar sana berkenaan isu perubahan label pembungkusan dan pelabelan produk berdasarkan Manual Prosedur Pensijilan Halal Malaysia (MPPHM) Domestik 2020 yang akan berkuatkuasa pada 01 Januari 2021 tahun hadapan.
Berikut adalah beberapa solusi yang telah diputuskan untuk perhatian dan tindakan lanjut pihak industri iaitu:-
1️⃣ Pihak industri dibenarkan mengguna pakai baki label produk sedia ada sehingga 31 Disember 2021.
2️⃣ Mengemukakan surat pemakluman rasmi beserta justifikasi dan perincian produk untuk pertimbangan lanjut pihak berkuasa berwibawa bagi label produk yang masih berbaki selepas 31 Disember 2021.
3️⃣Pihak industri turut dibenarkan untuk terus membuat pertukaran label produk sedia ada mengikut format baharu MPPHM 2020 pada tahun ini (sebelum 01 Januari 2021) sekiranya terdapat keperluan.
4️⃣Label pada produk hendaklah hanya dinyatakan nombor rujukan standard tanpa tahun (contoh : MS 1500).
▶️ Untuk sebarang pertanyaan atau maklum balas lanjut, boleh jua berhubung dengan En. Mohamad Samir Sulaiman atau En. Muhamad Hannan Syafiq Jamaludin melalui emel msamir@islam.gov.my / mhanan@islam.gov.my
Harap maklum dan terima kasih.
"Yakini Halal Malaysia"
Seksyen Komunikasi Korporat,
Bahagian Pengurusan Halal,
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia.
📧 pr_halal.islam@1govuc.gov.my
☎ 03-8892 5000/1
20 Rabiulawal 1442H
06 November 2020M
#YakiniHalalMalaysia
#HalalMalaysiaHaveFaith
#MusaadahCovid19
#AgainstCovid19
#StayAtHomeStaySafe
http://bit.ly/FBHABHALAL
www.halal.gov.my
www.islam.gov.my