Announcement :

Verify Halal Status :

Keperluan Dokumen Teknikal Bagi Tujuan Pengesahan Sumber Asal Produk Serta Bahan Mentah Berasaskan Kolagen Dan Gelatin

Hebahan pelaksanaan keperluan dan mekanisme analisis pensampelan produk serta bahan mentah berasaskan kolagen dan gelatin yang dimuatnaik pada 14 dan 15 Januari 2021 menerusi Facebook Bahagian Hab Halal, JAKIM dan Portal Rasmi Halal Malaysia www.halal.gov.my adalah dirujuk.

Sehubungan itu, selain daripada mempunyai Sijil Pengesahan Halal dan laporan/keputusan ujian makmal (analisis DNA) yang diiktiraf, pihak pemohon dan pemegang Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) yang terlibat menggunapakai kolagen dan gelatin sebagai bahan mentah/ramuan dalam pengeluaran produk atau mengeluarkan produk berasaskan kolagen dan gelatin sebagi produk akhir dikehendaki menyertakan dokumen teknikal berikut semasa mengemukakan permohonan Pensijilan Halal Malaysia, iaitu:

✳️ Spesifikasi produk; atau

✳️ Deskripsi produk; atau

✳️ Material Safety Data Sheet; atau

✳️ Technical Data Sheet.

yang mengesahkan sumber asal kolagen dan gelatin berkenaan.

☎️📞📧Untuk sebarang pertanyaan lanjut, boleh berhubung dengan Seksyen Pematuhan, Cawangan Naziran, Bahagian Pengurusan Halal JAKIM di:-

https://drive.google.com/file/d/1S0aqP4i9I85nB1GA6Lq26qbdU9ksKU9-/view

Sekian.

Terima kasih

"Yakini Halal Malaysia"

Seksyen Komunikasi Korporat,
Bahagian Pengurusan Halal,
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia.
📧 pr_halal@islam.gov.my
☎ 03-8892 5000/1
18 Ramadan 1442H
30 April 2021M
www.halal.gov.my

#YakiniHalalMalaysia
#SemakSebelumSebar
#MusaadahCovid19
#AgainstCovid19


122123:181 modules/news