Pengumuman :

Semak Status Halal :

Makluman Terkini Penerimaan Dokumen Permohonan Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) Sepanjang Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)

Selaras dengan Perintah  Kawalan Pergerakan (PKP) yang diisytiharkan oleh Kerajaan bermula 12 Mei hingga 07 Jun ini, Bahagian Pengurusan Halal (BPH), JAKIM memutuskan bahawa urusan permohonan Sijil Pensijilan Halal Malaysia (SPHM) adalah digalakkan untuk dihantar melalui e-mel seksyenproses@gmail.com atau secara pos/kurier. 

Walau bagaimanapun, Kaunter Khidmat Pelanggan di Bahagian ini akan beroperasi dengan waktu terkini bermula 17 Mei 2021 (Isnin) bagi urusan penerimaan dokumen sokongan bagi permohonan SPHM atau urusan lain yang berkaitan. 

🕰️Waktu operasi kaunter sepanjang PKP adalah seperti berikut :-

Isnin - Khamis:

8.30 am - 12.30 pm
2.00 pm - 4.30 pm

Jumaat:

8.30 am - 12.00 pm
2.45 pm - 4.30 pm

👮🏻‍♂️ Patuhi jua SOP berurusan di kaunter iaitu:-

▶️    Pelanggan perlu mencuci 🖐🏼 menggunakan cecair pembasmi (hand sanitizer) yang disediakan di luar pintu sebelum dan selepas berurusan di kaunter.  

▶️    Di samping itu pelanggan dikehendaki  untuk sentiasa memakai pelitup muka (face mask). 😷

▶️    Pelanggan juga hendaklah mengisi maklumat di Buku Daftar Masuk 📖yang telah disediakan.

▶️    Pelanggan hanya digalakkan untuk membuat penyerahan dokumen permohonan sahaja.📝📚

▶️Bilangan pelanggan yang berurusan di kaunter / ruang menunggu dihadkan kepada 4️⃣ orang sahaja pada satu-satu masa.

▶️Tempoh masa yang diperuntukkan bagi berurusan di kaunter adalah kurang daripada 🔟 minit.

▶️    Sebarang pertanyaan hendaklah dibuat melalui e-mel / panggilan telefon.

Nota tambahan:

✳️Bayaran fi boleh dilakukan seperti biasa.

✳️Waktu urusan berkaitan pengambilan SPHM di Kaunter Khidmat Pelanggan adalah seperti berikut:

 Selasa & Khamis : 

8.30 am - 12.30 pm
2.00 pm - 4.30 pm

📲🖥️Muat turun infografik pelaksanaan Prosedur Pensijilan Halal Malaysia Sepanjang Tempoh Pandemik Covid-19 terkini di pautan berikut:-

https://drive.google.com/drive/folders/147WJvG3zXeufvtnGXx5JciQWbPUCX0if?usp=sharing

Terima kasih.

"Yakini Halal Malaysia"

Seksyen Komunikasi Korporat,
Bahagian Pengurusan Halal,
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia.
📧 pr_halal.islam@1govuc.gov.my
☎ 03-8892 5000/1
05 Syawal 1442H
17 Mei 2021M

#YakiniHalalMalaysia
#HalalMalaysiaHaveFaith
#StayAtHome
#AllahJagaKita
#AgainstCovid19
#MusaadahCovid19


209524:196
209523:199
209520:197
209518:197
209509:196 modules/news