Kriteria Permohonan Pensijilan Halal Malaysia Bagi Pengilangan Produk Luar Negara Dalam Tempoh Pandemik
Mesyuarat Panel Pengesahan Halal Malaysia Bil. 22/2021 telah bersetuju dengan penambahan kriteria bagi permohonan pensijilan halal Malaysia pengilangan produk luar negara yang layak diproses dan diaudit secara jarak jauh (remote audit).
Kriteria permohonan adalah seperti berikut:
1️⃣ Permohonan baharu
▶️ Melibatkan salah satu atau gabungan perkara berikut:
a. Sijil halal telah tamah tempoh sah;
b. Perubahan maklumat pendaftaran perniagaan daripada Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) iaitu nama syarikat;
c. Perubahan nama produk;
d. Penggabungan Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) sedia ada;
e. Penggabungan SPHM sedia ada dan penambahan produk; dan/atau
f. Pengilangan di premis yang mempunyai rekod pengauditan SPHM
▶️Permohonan yang tidak tersenarai dalam perkara (i) hendaklah:
a. Produk atau pengilang mempunyai pensijilan halal daripada badan islam yang diiktiraf di negara tersebut;
b. Mempunyai pensijilan keselamatan makanan seperti GMP/ HACCP dan lain-lain (yang mana berkaitan);
c. Berdaftar dengan PBKD atau NPRA (jika berkaitan); dan
d. Tidak menggunakan bahan mentah kritikal seperti daging dan sebagainya.
2️⃣ Permohonan pembaharuan
3️⃣ Permohonan penambahan produk
4️⃣ Lain-lain permohonan yang dipertimbangkan oleh pihak berkuasa berwibawa
▶️Permohonan yang telah diproses dan layak diaudit akan dijadualkan untuk pengauditan secara jarak jauh (remote audit) dan pelaksanaan ini akan berterusan sehingga dimaklumkan kelak.
👨🏼💻Sebarang pertanyaan lanjut boleh menghubungi Urus Setia Penjadualan Luar Negara melalui e-mel unitluarnegara.halal@gmail.com atau talian seperti berikut:
✳️Puan Siti Ayisah binti Surif, 03-88925100
✳️Puan Faridatulnisya binti Saleh, 03-88925022
✳️En. Umar Faruq bin Abdul Fatah, 03-88925000
Nota tambahan:
▶️ Bagi permohonan SPHM yang diuruskan oleh Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN), sila hubungi Bahagian Pengurusan Halal Negeri-Negeri berkenaan di http://tinyurl.com/taliantelefonhalal
(muka surat akhir)
▶️ Sebarang pertanyaan berkaitan pensijilan halal juga boleh dibuat melalui e-mel pr_halal@islam.gov.my atau di peti masuk (inbox) Facebook Bahagian Hab Halal, JAKIM) dan talian WhatsApp http://www.wasap.my/+601115660387/BPHJAKIM
Terima kasih.
"Yakini Halal Malaysia"
Seksyen Komunikasi Korporat,
Bahagian Pengurusan Halal,
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia.
📧 pr_halal@islam.gov.my
☎ 03-8892 5000/1
09 Jamadilawal 1443H
14 Disember 2021M
#YakiniHalalMalaysia
#HalalMalaysiaHaveFaith
#KeluargaMalaysia
#AgainstCovid19