Announcement :

Verify Halal Status :

Perubahan Badan Berautoriti Bagi Pensijilan Halal Indonesia

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah mendapat maklum balas rasmi daripada kerajaan Indonesia mengenai perubahan badan berautoriti bagi pensijilan halal di negara Indonesia. Perkara yang perlu diambil perhatian adalah seperti berikit: 

▶️ Perubahan badan berautoriti bagi pensijilan halal Indonesia daripada Lembaga Pengkajian Pangan Obat-Obatan dan Kosmetika Majelis Ulama Indonesia (LPPOM MUI) kepada Badan Penyelenggara Jaminan Produk Halal (BPJPH), Kementerian Agama Republik Indonesia adalah berkuatkuasa mulai 17 Oktober 2019. 

▶️ Mulai 1 Mac 2022, sijil dan logo halal daripada BPJPH telah berkuatkuasa. Mohon rujuk Undang-undang Nomor 88 Tahun 2022 - Penggunaan Label Halal Pada Produk yang telah Memperoleh Sertifikat Halal dan Undang-undang Nomor 40 Tahun 2022 - Penetapan Label Halal.   

▶️ Perubahan label dan sijil halal oleh industri di Malaysia adalah seperti berikut:  

1️⃣ Label produk yang menggunakan logo halal dari LPPOM-MUI masih boleh digunakan sehingga Februari 2026.

2️⃣ Logo halal BPJPH yang telah berkuatkuasa boleh mula digunakan semasa industri ingin menukar label atau label sedia ada telah habis.

3️⃣ Sijil halal daripada LPPOM-MUI masih boleh digunakan sehingga tamat tempoh sah sijil tersebut.

4️⃣ Pemegang sijil halal LPPOM-MUI yang telah tamat tempoh sah sijil, permohonan pembaharuan sijil hendaklah dibuat kepada BPJPH. Prosedur lanjut permohonan hendaklah dirujuk kepada BPJPH.

⁉️📞Sebarang pertanyaan lanjut boleh menghubungi pihak International Halal Authority Board (IHAB) Unit, Sekretariat Majlis Halal Malaysia, JAKIM melalui e-mel atau talian seperti berikut: 

☎️Dr. Zuraiza binti Husin
Email: zuraiza@islam.gov.my
Phone: 03-88925112

☎️Puan Mahfudzah binti Mohamad
Email: mahfudzah@islam.gov.my 
Phone: 03-88925125

☎️Puan Fatimah binti Ahmad
Email: fatimah_ahmad@islam.gov.my
Phone: 03-88925061

Sekian

"Yakini Halal Malaysia"

Seksyen Komunikasi Korporat,
Bahagian Pengurusan Halal,
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia.
📧 pr_halal@islam.gov.my
☎ 03-8892 5000/1
15 Rabiulawal 1444H
13 Oktober 2022M

#YakiniHalalMalaysia
#HalalMalaysiaHaveFaith
#JAKIMSejiwa 
#KeluargaMalaysia 
http://bit.ly/FBHABHALAL
www.halal.gov.my
www.islam.gov.my


503226:182 modules/news