Announcement :

Verify Halal Status :

Kemaskini Status Sijil Halal Bahan Mentah Dalam Sistem MYeHALAL

Kemaskini Status Sijil Halal Bahan Mentah Dalam Sistem MYeHALAL

 

Semasa pasca pensijilan halal Malaysia, semua pemegang sijil pengesahan halal Malaysia perlu sentiasa memantau dan memastikan status halal bagi setiap bahan mentah yang digunakan adalah sah dan diiktiraf oleh JAKIM.

Oleh yang demikian, syarikat hendaklah sentiasa mengemaskini dari semasa ke semasa status halal terkini bahan mentah yang telah didaftarkan dalam sistem MYeHALAL.

Untuk sebarang pertanyaan lanjut boleh dikemukakan kepada Puan Rafidah binti Mohd Sanuri melalui emel rafidahms@islam.gov.my atau ditalian 03-88925041 dan En Khairul Anuar bin Selamat melalui emel khairul_anuar@islam.gov.my atau melalui talian 03-88925030

Terima kasih.

"Yakini Halal Malaysia"

Seksyen Komunikasi Korporat,
Bahagian Pengurusan Halal,
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia.
📧 pr_halal.islam@1govuc.gov.my
☎ 03-8892 5000/1
09 Jamadilakhir 1442H
22 Januari 2021M
http://bit.ly/FBHABHALAL
www.halal.gov.my

#YakiniHalalMalaysia
#SemakSebelumSebar
#MusaadahCovid19
#AgainstCovid19