Announcement :

Verify Halal Status :

Larangan Promosi Ungkapan Mengeliru & Memperdaya Bagi Syarikat / Individu / Dapur Hotel / Premis Makanan

Bagi syarikat / individu yang TIDAK memiliki Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM), anda tidak dibenarkan membuat sebarang tuntutan berkenaan dalam iklan/hebahan yang boleh mengelirukan pengguna termasuk:-

🔸 Makanan orang Islam

🔸 Buffet Ramadan

🔸 Iftar Ramadan

🔸 Jom sahur

🔸 Jom iftar

🔸 Set Ramadan

🔸 Muslim Friendly

🔸 Selera Rasa Ramadan

🔸 Selamat Berbuka Puasa

🔸 Ramuan diperbuat daripada kilang yang dipersijilkan halal

▶️Atau mana-mana ungkapan lain yang merujuk kepada makanan yang ditawarkan adalah halal dan boleh dimakan oleh orang Islam. 

👮🏻‍♂️Sekiranya sabit kesalahan, maksimum denda hingga RM500, 000.00 (Ringgit Malaysia Lima Ratus Ribu Sahaja) berdasarkan Perintah Perihal Dagangan (    Perakuan & Penandaan Halal) 2011

Sebarang aduan berkaitan penyalahgunaan sijil dan logo halal boleh dibuat melalui pautan:-

https://tinyurl.com/mr32rrpc

atau melalui:-

📧E-mel pr_halal@islam.gov.my

☎️Talian telefon 03-88925000/5001

📲Talian WhatsApp BPHJAKIM http://www.wasap.my/+601115660387/BPHJAKIM

Terima kasih

"Yakini Halal Malaysia"

Seksyen Komunikasi Korporat,
Bahagian Pengurusan Halal,
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia.
📧 pr_halal@islam.gov.my 
☎ 03-8892 5000/1
02 Ramadan 1443H
04 April 2022M
www.halal.gov.my
www.islam.gov.my 

#YakiniHalalMalaysia
#SemakSebelumSebar
#Sejiwa
#AgainstCovid19


270470:213 modules/news