Pengumuman :

Semak Status Halal :

Makluman Terkini Operasi Pensijilan Halal Malaysia Sepanjang Tempoh Pelan Pemulihan Negara Fasa 2 

(Untuk Permohonan yang Diuruskan Oleh JAKIM)

Selaras dengan pengumuman peralihan Pelan Pemulihan Negara ke Fasa 2 yang diumumkan oleh Kerajaan bagi Wilayah Persekutuan Putrajaya bermula 10 September 2021, Bahagian Pengurusan Halal (BPH) JAKIM kekal membuka Kaunter Khidmat Pelanggan Aras 6 & 7, Blok D, Kompleks Islam Putrajaya dan kehadiran pelawat hanya melalui permohonan janji temu mengikut masa seperti berikut:-

8.30 pagi - 4.00 petang

Kecuali

12.30 tengah hari - 2.00 petang 
(Waktu rehat Isnin - Khamis)

12.15 tengah hari - 2.45 petang 
(Waktu rehat Jumaat)

Selain itu, pihak industri dan pengguna boleh berhubung dengan Bahagian ini melalui e-mel di 👇🏾mengikut keperluan:-

✳️ Pertanyaan Berkaitan Proses Pensijilan Halal Malaysia:-

1️⃣ Dokumen sokongan adalah dialu-alukan untuk dihantar dalam bentuk softcopy melalui e-mel seksyenproses@gmail.com dalam tempoh Pelan Pemulihan Negara Fasa 2. 

2️⃣ Manakala dokumen hardcopy hendaklah dihantar secara pos atau kurier.

3️⃣ Sebarang pertanyaan lanjut dan janji temu berkaitan permohonan pensijilan halal boleh dihantar melalui e-mel ke seksyenproses@gmail.com.

✳️ Pertanyaan Berkaitan Sijil:-

1️⃣ Pengambilan SPHM boleh dilakukan pada hari Selasa dan Khamis sahaja mengikut waktu yang ditetapkan.

2️⃣ Permohonan Nota Konsainan hendaklah di e-melkan ke alamat  consignhalal.jakim@gmail.com.

3️⃣ Bayaran fi permohonan Nota Konsainan hendaklah dipos bersama-sama salinan surat fi  ke alamat:-

Bahagian Pengurusan Halal, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, Aras 7, Blok D, Kompleks Islam Putrajaya, No. 3, Jalan Tun Abdul Razak, Presint 3, 62100, Putrajaya

dan resit bayaran akan diemelkan kepada pemohon (sila nyatakan alamat e-mel anda). Nota Konsainan akan diemel kepada pemohon setelah bayaran diselesaikan. 

4️⃣ Sebarang urusan pasca pensijilan seperti perubahan bahan ramuan, maklumat pengurusan dan lain-lain hendaklah di e-melkan kepada mohd_nasir@islam.gov.my untuk tindakan selanjutnya.

✳️ Pertanyaan Berkaitan Pembayaran Fi Pensijilan & Fi Nota Konsainan:

Pembayaran yang dibuat melalui pos dan kurier akan berjalan seperti biasa dan setiap pembayaran hendaklah di e-melkan ke:-

👨🏻‍💼Encik Naim Sidqi bin Mustaffa
📧naimsidqi@islam.gov.my

✳️ Pertanyaan Berkaitan Pemantauan & Penguatkuasaan

Sebarang pertanyaan berkaitan atau urusan serahan SPHM syarikat ke Cawangan Pemantauan dan Penguatkuasaan (CPP) BPH JAKIM, boleh dibuat melalui e-mel:-

 unitpentadbiran.cpp@gmail.com

✳️ Urusan/pertanyaan berkaitan pengauditan halal Malaysia:-

Pengauditan akan dilaksanakan secara remote sepanjang tempoh pandemik Covid-19.

Sebarang pertanyaan atau maklum balas, boleh diajukan ke e-mel :  unitjadual.halal@gmail.com

Nota tambahan:

▶️ Bagi permohonan SPHM yang diuruskan oleh Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN), sila hubungi Bahagian Pengurusan Halal Negeri-Negeri berkenaan di http://tinyurl.com/taliantelefonhalal

▶️ Sebarang pertanyaan lanjut boleh dibuat melalui e-mel pr_halal@islam.gov.my atau di peti masuk (inbox) Facebook Bahagian Hab Halal, JAKIM dan talian WhatsApp http://www.wasap.my/+601115660387/BPHJAKIM

Terima kasih.

"Yakini Halal Malaysia"

Seksyen Komunikasi Korporat,
Bahagian Pengurusan Halal,
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia.
📧 pr_halal@islam.gov.my
☎ 03-8892 5000/1
10 Safar 1443H
17 September 2021M

#YakiniHalalMalaysia
#HalalMalaysiaHaveFaith
#MalaysiaPrihatin 
#AgainstCovid19

modules/news