Pengumuman :

Semak Status Halal :

Mesyuarat pembangunan gudang eksibit halal Cawangan Pemantauan & Penguatkuasaan, Bahagian Pengurusan Halal, JAKIM bersama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP)

PUTRAJAYA, 15 Januari 2019 - Cawangan Pemantauan & Penguatkuasaan, Bahagian Pengurusan Halal, JAKIM telah mengundang pihak Pengurusan Eksibit, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna, (KPDNHEP) bagi membincangkan isu keperluan dan spesifikasi pembangunan Gudang Eksibit Halal yang akan di bina tidak lama lagi di Bandar Enstek, Negeri Sembilan.

Mesyuarat  yang dipengerusikan oleh Pengarah Bahagian Pengurusan Halal JAKIM, YBrs. Tuan Bukhari bin Md Akhir ini turut disertai oleh pegawai-pegawai dari Cawangan Pemantauan Dan Penguatkuasaan serta Cawangan Pentadbiran, Bahagian Pengurusan Halal, JAKIM. Hasil perbincangan mesyuarat ini akan di bawa ke proses selanjutnya dalam pembangunan Gudang Eksibit Halal.

 

http://bit.ly/FBHABHALAL

http://bit.ly/AktiviitiHabHalal

http://www.halal.gov.my

http://www.islam.gov.my

modules/news