Announcement :

Verify Halal Status :

MOU Signing Ceremony Between KAZAI Innovative Solution and AFMAS Solutions on Halal Capacity Building For South Africa

11 Januari 2018 (Khamis), Majlis Memorandum Persefahaman (MoU) telah membuka tirai tahun 2018 di Bahagian Hab Halal, Jakim.

Dalam usaha memartabatkan pembangunan modal insan dan professional halal di peringkat global  maka Malaysia International Halal Academy (MIHA) JAKIM telah menyaksikan proses menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) diantara salah satu Rakan Strategik MIHA, Kazai Innovative Solution dengan wakil dari Afrika Selatan, Afmas Solutions

Majlis tersebut turut disaksikan oleh Pengarah Bahagian Hab Halal Jakim, YBhg. Dato' Dr Sirajudin bin Suhaimee dan delegasi dari Trade Commission Belgium, bertempat di ruang aktiviti, Aras 7, Bahagian Hab Halal.

Memorandum persefahaman (MoU) ini bertujuan untuk penyelarasan program kapasiti halal yang akan dilaksanakan oleh Kazai Inovative Solution dan Afmas Solution dengan kerjasama MIHA dalam pembangunan modal insan halal dan perkongsian kepakaran halal Malaysia di Afrika Selatan.

*Ikuti suasana sekitar majlis di:-

http://bit.ly/MoUKazaiAfmas

#YakiniHalalMalaysia

#SemakSebelumSebar