Announcement :

Verify Halal Status :

Global Halal Summit (GHaS) 2019, Kuala Lumpur mencipta sejarah tersendiri

“Saya berharap acara ini akan diteruskan pada masa hadapan dan menjadi acara tahunan negara,” - YB Datuk Seri Dr Mujahid bin Yusof, Opening Ceremony Global Halal Summit (GHaS), 3 April 2019 Kuala Lumpur

PUTRAJAYA - Dengan tema "Halal Connecting The World", program tahunan halal bertaraf dunia anjuran Kerajaan Malaysia mencipta sejarah tersendiri tahun ini apabila berjaya dilaksanakan dengan pengembelingan tenaga dan kerjasama erat merentasi 3 agensi strategik utama iaitu Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) sebagai peneraju, Malaysia External Trade Development Corporation (MATRADE), Kementerian Perdagangan Antarabangsa & Industri dan Halal Industry Development Corporation (HDC), Kementerian Hal Ehwal Ekonomi. Sidang ini juga telah membuka ruang dan peluang serta menjadi platform terbesar kepada semua pemain industri halal dunia  yang ditampilkan menerusi sesi perbincangan, perkongsian pengetahuan, aktiviti rangkaian termasuk peluang untuk meningkatkan lagi komuniti halal demi faedah ummah secara global.

Dengan penjenamaan baru Global Halal Summit (GHaS 2019), lebih daripada 40 buah negara telah menyertai Sidang Kemuncak Halal Dunia kali ini termasuk dari negara-negara Kesatuan Islam (OIC). Sidang yang berlangsung selama 6 hari tersebut telah dimanfaatkan dengan 7 program strategik termasuk Konvensyen Badan Pensijilan Halal Kali Ke 10 (HCBC), Program Pembangunan Kapasiti Teknikal Halal Antarabangsa (IHTDCP) dan Persidangan Umum International Halal Authority Board, (IHAB-GA) yang berlangsung di Hotel Grand Hyatt Kuala Lumpur dengan kehadiran melebihi 1000 delegasi. Manakala World Halal Conference (WHC), Global Halal Industry Congress (GHIC) dan Halal Innovation & Technology Exhibiton (HITEx) serta Malaysia International Halal Showcase (MIHAS) telah berlangsung di Pusat Pameran Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC).

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, YB Datuk Seri Dr. Mujahid bin Yusof dan Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, YB Puan Hajjah Fuziah binti Salleh telah hadir menyampaikan ucaptama dalam Sidang Kemuncak Halal Global ini. Malam apresiasi Sidang Kemuncak Halal Global yang berlangsung pada hari ketiga di Hotel Grand Hyatt, Kuala Lumpur turut diserikan dengan kehadiran YAB Dato’ Seri Dr. Wan Azizah Dr. Wan Ismail, Timbalan Perdana Menteri Malaysia. Lebih bermakna apabila buat julung kalinya Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XVI, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah telah memperkenan mencemar duli berangkat hadir ke Malaysia International Halal Showcase (MIHAS) pada 5 April 2019 yang lalu di Pusat Pameran Perdagangan Antarabangsa (MITEC), Kuala Lumpur. GHaS 2019 telah berakhir dengan satu penanda aras yang baharu melalui pendekatan yang lebih segar dan telah membuktikan aspirasi kerajaan meletakkan Malaysia sebagai peneraju halal global mampu dicapai.

*Ikuti koleksi album GHaS 2019 dan pelbagai aktiviti yang melibatkan Halal Malaysia di:-

http://bit.ly/FBHABHALAL

Koleksi Suasana Sekitar Global Halal Summit 2019:-

(http://bit.ly/GlobalHalalSummit2019)

http://bit.ly/AktiviitiHabHalal

http://www.halal.gov.my

http://www.islam.gov.my

 

#YakiniHalalMalaysia

#SemakSebelumSebar

#HalalConnectingTheWorld

#MelebarRisalahMenyantuniUmmah

#Rahmah


1403149:213