Announcement :

Verify Halal Status :

Kunjung Hormat United States Department of Agriculture (USDA)

PUTRAJAYA - Majlis Halal Malaysia (MHM), JAKIM telah menerima kunjung hormat dari delegasi United States Department of Agriculture (USDA) yang diketuai oleh William Verzani, Atase Pertanian USDA di Malaysia, Singapura, Brunei dan Papua New Guinea pada 05 Mac 2019 yang lalu.

Kunjungan yang berlangsung di Blok D, Kompleks Islam Putrajaya ini merupakan perkongsian mengenai perkembangan terkini perlaksanaan Inisiatif Pensijilan Halal Malaysia. Selain itu, kunjungan kali ini berhasrat untuk meneroka bidang kerjasama yang boleh dimanfaatkan bersama antara JAKIM dan USDA di samping dapat mewujudkan ruang komunikasi dua hala dalam memacu dan memperkukuhkan lagi ekosistem Halal Global.

JAKIM amat optimis, ruang kerjasama ini boleh bergerak ke hadapan seiring dengan matlamat dan gagasan rahmatan lil alamin buat seluruh ummah. Pengarah Majlis Halal Malaysia, Dato' Dr. Sirajuddin Suhaimee serta beberapa pegawai MHM JAKIM turut sama dalam menyantuni kunjungan hormat ini disamping menumpukan perhatian terhadap perkongsian maklumat oleh pihak USDA.

(Sumber:- Sekretariat Majlis Halal Malaysia, JAKIM)

 

*Ikuti pelbagai aktiviti yang melibatkan Halal Malaysia di:-

 

http://bit.ly/FBHABHALAL

http://bit.ly/AktiviitiHabHalal

http://www.halal.gov.my

http://www.islam.gov.my

 

#YakiniHalalMalaysia

#SemakSebelumSebar

#HalalConnectingTheWorld

#MelebarRisalahMenyantuniUmmah


1128079:180
1128063:205 modules/news