Announcement :

Verify Halal Status :

Lawatan Kerja Penjara Simpang Renggam ke BPH JAKIM Perkukuhkan Informasi Berkaitan Halal

Bahagian Pengurusan Halal, JAKIM telah menerima lawatan kerja dari pihak pentadbiran Penjara Simpang Renggam, Johor pada 04 Mac 2019. Lawatan yang terdiri daripada 6 orang pegawai dari agensi berkenaan diketuai oleh  Timbalan Penguasa Penjara iaitu Tuan Mohd Azman bertujuan untuk memperoleh maklumat berkaitan prosedur permohonan pensijilan Halal Malaysia bagi kawasan dapur Penjara Simpang Renggam.

Lawatan kerja yang berlangsung hampir 2 jam di Kompleks Islam Putrajaya tersebut ialah hasil dari perbincangan melalui Mesyuarat Pengurusan Penyediaan Makanan Penjara Simpang Renggam yang bertujuan untuk menjaga kualiti dan status halal  penyediaan makananan di dapur agensi berkenaan agar sentiasa mematuhi garis panduan halal yang ditetapkan.

Turut bersama menyantuni lawatan kerja ini ialah YBrs. Tuan Bukhari Md Akhir, Pengarah Bahagian Pengurusan Halal, JAKIM dan pegawai-pegawai kanan dari bahagian ini. Semoga dengan lawatan kerja seumpama ini akan memperkukuhkan lagi hubungan antara agensi dan kefahaman berkaitan kepentingan Pensijilan Halal Malaysia kepada semua pihak.

*Ikuti pelbagai aktiviti yang melibatkan Halal Malaysia di:-

 

http://bit.ly/FBHABHALAL

http://bit.ly/AktiviitiHabHalal

http://www.halal.gov.my

http://www.islam.gov.my

 

#YakiniHalalMalaysia

#HalalMalaysiaHaveFaith

#HalalConnectingTheWorld

#MelebarRisalahMenyantuniUmmah

#Rahmah