Announcement :

Verify Halal Status :

Global Halal Summit (GHaS) 2019

Global Halal Summit (GHaS) 2019, Kuala Lumpur, acara terbesar bertaraf antarabangsa bakal berlangsung dari 1 hingga 6 April 2019. GHaS dizahirkan sebagai penjenamaan baharu program halal Negara dengan matlamat untuk memperkukuhkan Malaysia sebagai Negara peneraju & model terulung kerjasama kolektif dalam memacu sektor halal.

Mesyuarat inter-agensi strategik bagi penganjuran GHaS telah berlangsung dengan jayanya pada 14 Januari 2019 dengan kehadiran 35 orang pegawai dari Kementerian/Agensi. Mesyuarat telah dipengerusikan oleh YBhg. Dato’ Dr. Sirajuddin Suhaimee Pengarah Majlis Halal Malaysia, JAKIM.

6 komponen program GHaS akan mengisi takwim awal April nanti. Mesyurat berakhir dengan kesepakatan bagi mengatur gerak kerja dan tindakan susulan seterusnya. GHaS akan menjadi model baharu bentuk kerjasama kolektif inter-agensi berkaitan halal dan memacu matlamat Malaysia sebagai peneraju halal. Fastabiqul Khairat. Ikuti maklumat terkini di laman rasmi GHaS di www.globalhalalsummit.my

 

http://bit.ly/FBHABHALAL

http://bit.ly/AktiviitiHabHalal

http://www.halal.gov.my

http://www.islam.gov.my

 

#HalalConnectingTheWorld

#HalalWayOfLife

#HalalForAll