Announcement :

Verify Halal Status :

Lawatan mesra industri perkukuhkan hubungan & kefahaman

PUTRAJAYA, 28 Disember - Menutup tirai tahun 2018, Bahagian Pengurusan Halal, JAKIM telah menerima lawatan dari pihak Persatuan Kosmetik, Dandanan Diri & Haruman Malaysia yang diketuai oleh Puan Lilywati Arshad selaku presiden persatuan berkenaan.

 

Lawatan yang berlangsung di Kompleks Islam Putrajaya tersebut bertujuan untuk mengukuhkan lagi hubungan serta perbincangan lanjut berkaitan pensijilan halal bagi skim yang berkaitan dengan kosmetik dan dandanan diri. Turut bersama menyantuni lawatan kali ini, YBrs. Tuan Bukhari Md Akhir, Pengarah,  Bahagian Pengurusan Halal, JAKIM bersama pegawai-pegawai kanan dari bahagian ini.

 

Semoga dengan lawatan seumpama ini akan terus mengukuhkan lagi hubungan serta kefahaman serta kolaborasi khususnya dalam kalangan industri kosmetik dan dandanan diri berkaitan Pensijilan Halal Malaysia.

 

http://bit.ly/FBHABHALAL

http://bit.ly/AktiviitiHabHalal

www.halal.gov.my

www.islam.gov.my

 

#YakiniHalalMalaysia

#SemakSebelumSebar

#MelebarRisalahMenyantuniUmmah

#Rahmatanlilalamin