Announcement :

Verify Halal Status :

Lawatan Industri dari CAB Cakaran Corporation Berhad ke Bahagian Hab Halal

PUTRAJAYA, 02 November – Bahagian Hab Halal, JAKIM telah menerima lawatan industri dari Ahli Jawatankuasa Halal Syarikat CAB Cakaran Corporation Berhad.

Lawatan industri yang berlangsung di Bilik Mesyuarat Utama, Aras 7, Blok D, Kompleks Islam Putrajaya itu diketuai oleh YBhg. Profesor Dato' Dr. Mohd Fakhruddin Abd Mukti serta 19 orang ahli jawatankuasa syarikat berkenaan.

Antara tujuan utama lawatan kali ini ialah untuk mengetahui inisiatif dan maklumat terkini berkenaan Pensijilan Halal Malaysia di samping mengeratkan lagi hubungan dua hala antara JAKIM dan Jawatankuasa Halal syarikat.

Selain itu, ianya adalah salah satu usaha dalam meningkatkan kefahaman berkaitan isu-isu pensijilan halal dalam kalangan ahli jawatankuasa halal mereka.

Pengarah Bahagian Hab Halal JAKIM, YBhg. Dato' Dr. Sirajuddin Suhaimee beserta beberapa orang pegawai kanan di bahagian ini turut bersama meluangkan masa menyantuni dan berkongsi informasi dan maklumat terkini berkaitan pensijilan Halal Malaysia bersama pihak syarikat.

*Ikuti pelbagai aktiviti yang melibatkan Halal Malaysia di:-

http://bit.ly/AktiviitiHabHalal

www.halal.gov.my

www.islam.gov.my

#YakiniHalalMalaysia

#SemakSebelumSebar