Announcement :

Verify Halal Status :

Training on Validation of Test Methods & Measurement of Uncertainty Evaluation Under ISO 17025:2017 Accreditation

Pusat Analisis Halal Malaysia (MyHac) Jakim telah mengadakan Training on Validation of Test Methods & Measurement of Uncertainty Evaluation under 17025:2017 Accreditation pada 16 dan 17 Oktober 2018 dengan kerjasama Persatuan Makmal Akreditasi Malaysia (PMAM). Program latihan yang berlangsung selama dua hari ini telah dikendalikan oleh Y.Brs. Dr. Md. Sani Ibrahim, Ph.D (Chemistry) yang merupakan Presiden Persatuan Makmal Akreditasi Malaysia. Beliau adalah mantan pensyarah di Universiti Sains Malaysia dan juga sebagai Auditor Penilai Teknikal SAMM ISO 17025 Jabatan Standard Malaysia.

Selain daripada menjadi latihan wajib dalam pembangunan kompetensi staf teknikal di MyHac, objektif utama program ini adalah untuk memahami dan meningkatkan pengetahuan pegawai terutamanya dalam topik berikut:

  1. ISO/IEC 17025:2017 Process Requirement Selection, Verification & Validation of Methods.
  2. Evaluation of Uncertainty of Measurement: SAMM ISO/IEC 17025 Requirement.
  3. Practical Approach to Estimation of Measurement Uncertainty Using VAM Project 3.2.1

Latihan komprehensif secara teori dan praktikal ini diharapkan dapat memberi manfaat yang besar kepada warga MyHac khususnya dan Jakim dalam pemantapan sistem pengurusan kualiti makmal ke arah akreditasi standard ISO 17025.

*Ikuti aktiviti-aktiviti yang melibatkan Halal Malaysia di:-

http://bit.ly/AktiviitiHabHalal

#YakiniHalalMalaysia

#SemakSebelumSebar