Announcement :

Verify Halal Status :

Perkongsian kepakaran Halal Malaysia di Australia

Sydney, AUSTRALIA: Berkongsi pengalaman dan memberikan kefahaman yang lebih jelas tentang keperluan protokol dan standard Halal Malaysia adalah antara objektif utama program Technical Halal Capacity Development Training (THCDT) 2018.

Program latihan yang berlangsung mulai 5 hingga 14 Oktober 2018 tersebut adalah anjuran badan penyedia latihan halal di Australia iaitu Oceana Halal Academy (OHA) yang juga rakan strategik Jakim di bawah payung Malaysian International Halal Academy (MIHA) dengan kerjasama Bahagian Hab Halal, Jakim dan Pejabat Atase Halal Australia.

Sebanyak tiga buah Badan Islam Australia  dan sebuah loji sembelihan telah terlibat dalam program latihan berkenaan iaitu Global Halal Trade Center (GHTC) di Brisbane, Supreme Islamic Council of Halal Meat Australia (SICHMA) dan Australian Federation of Islamic Council (AFIC) di Sydney dan loji sembelihan Nolan Meats Exports Pty Ltd di Gympie, Queensland.

Program dihadiri oleh Ustaz Iszam bin Padil selaku Atase Halal di Australia, Ustaz Muhammad Naim Mohd Aziz, Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Hab Halal, Jakim dan Mr. Muhammad Adil Rahman, Pengerusi OHA.

Adalah diharapkan program latihan berkenaan berjaya memberikan kefahaman dan gambaran lebih jelas tentang keperluan pensijilan halal Malaysia sekaligus memastikan jaminan status 'Halalan Thoyyiban' daging dan produk berasaskan daging dan tenusu dari Australia untuk pasaran Malaysia terpelihara.

#YakiniHalalMalaysia

#HalalMalaysiaGoGlobal

*Ikuti aktiviti-aktiviti yang melibatkan Halal Malaysia di:-

http://bit.ly/AktiviitiHabHalal

www.halal.gov.my

www.islam.gov.my