Announcement :

Verify Halal Status :

Lawatan Industri dari Pejabat Bioteknologi dan Farmaseutikal, Kementerian Hal Ehwal Ekonomi, Taiwan ke Bahagian Hab Halal JAKIM

Putrajaya, 18 September 2018 – Bahagian Hab Halal, JAKIM telah menerima lawatan industri dari Pejabat Bioteknologi dan Farmaseutikal, Kementerian Hal Ehwal Ekonomi, Taiwan.

Lawatan yang terdiri daripada 21 orang wakil pelbagai agensi dan pihak berautoriti Taiwan tersebut bertujuan untuk mengetahui lebih lanjut berkenaan Pensijilan Halal Malaysia khususnya dalam produk farmaseutikal, bioteknologi dan medical device serta lain-lainnya.

Sesi perkongsian maklumat yang berlangsung selama 2 jam bermula 10 pagi di Bilik Mesyuarat 2, Aras 6, Bahagian Hab Halal, JAKIM tersebut turut dihadiri oleh En Mohd Fakarudin Mas'od, Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Hab Halal, JAKIM.

*Ikuti pelbagai aktiviti yang melibatkan Halal Malaysia di:-http://bit.ly/AktiviitiHabHalal

#YakiniHalalMalaysia

#HalalMalaysiaGoGlobal