Announcement :

Verify Halal Status :

Modul Latihan Kompetensi Skim Farmaseutikal Untuk Juru Audit Halal

Bangi, 3 dan 4 Julai 2018- Bengkel Pemurnian Modul Latihan Kompetensi Skim Farmaseutikal Untuk Juru Audit Halal telah berlangsung di Hotel Tenera. Bengkel ini bertujuan untuk memurnikan draf modul yang telah dibangunkan.

Untuk memperkasakan kompetensi juru audit/auditor halal JAKIM & JAIN dalam menjalankan tugasan pensijilan halal bagi skim farmaseutikal, Bahagian Hab Halal JAKIM dengan kerjasama pihak Institut of Halal Research & Management (IHRAM) telah membangunkan Modul Latihan Kompetensi Skim Farmaseutikal Untuk Juru Audit Halal.

Draf modul ini telah dibangunkan oleh IHRAM dengan bantuan sekumpulan ahli akademik daripada Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) yang mahir dalam bidang berkaitan antaranya perubatan & kesihatan, pergigian, kepimpinan dan pengurusan, Syariah & undang-undang serta ekonomi & muamalat.

Bengkel ini turut melibatkan panel jemputan daripada Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA), pengeluar produk farmaseutikal, Persatuan Farmasi Malaysia serta Bahagian Pengurusan Halal JAIN.

Kesinambungan daripada bengkel di atas, pada 10 & 11 Julai 2018 telah diadakan Kursus Traning of Trainer (TOT) Modul Latihan Kompetensi Skim Farmaseutikal Untuk Juru Audit Halal yang bertujuan melatih Jurulatih Utama (Master Trainer) dalam skim farmaseutikal berdasarkan modul yang telah dibangunkan.

Seramai 25 peserta yang terdiri daripada juru audit halal berpengalaman daripada JAKIM dan JAIN telah terlibat dalam kursus ini.

*Ikuti pelbagai aktiviti Halal Malaysia di:-

http://bit.ly/AktiviitiHabHalal

#YakiniHalalMalaysia

#SemakSebelumSebar