Announcement :

Verify Halal Status :

Penangguhan Pengauditan Bagi Permohonan Pensijilan Halal Pengilangan di Luar Negara

Susulan perkembangan terkini penularan wabak Covid-19 oleh World Health Organization (WHO) pada 23 Februari 2020, Jabatan ini mengambil keputusan untuk menangguhkan proses pengauditan permohonan pensijilan halal Malaysia bagi pengilangan di luar negara berkuatkuasa serta-merta.

Penangguhan ini mengambil kira faktor risiko keselamatan auditor dan wakil syarikat semasa dalam perjalanan dan sepanjang berada di luar negara.

Sehubungan dengan itu, penjadualan semula bagi pengauditan yang telah dirancang akan dibuat setelah kerajaan mengesahkan negara terkesan wabak Covid-19 kembali pulih dan selamat untuk dilawati.

Sebarang pertanyaan boleh dikemukakan kepada urusetia penjadualan luar negara Pn. Siti Ayisah binti Surif (ayisah@islam.gov.my) ditalian 03-88925100 dan Pn. Noor Azira binti Mohamed Yusop (noorazira@islam.gov.my) di talian 03-88925147.

Terima kasih.

 

"Yakini Halal Malaysia"

 

Seksyen Komunikasi Korporat,

Bahagian Pengurusan Halal,

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia.

📧 pr_halal.islam@1govuc.gov.my

03-8892 5000/1

06 Rejab 1441 H

02 Mac 2020 M

http://bit.ly/FBHABHALAL

www.halal.gov.my

 

#YakiniHalalMalaysia

#SemakSebelumSebar

#HalalConnectingTheWorld

#HalalMalaysiaMenerajuiDunia

modules/news