Announcement :

Verify Halal Status :

Status Makmal Panel Halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) HALVEC LABORATORIES SDN. BHD.

*Hebahan bertarikh 16 Februari 2021 melalui medium Portal Rasmi Halal Malaysia dan facebook Bahagian Hab Halal JAKIM adalah berkaitan.

Merujuk kepada pemakluman Jabatan Standard Malaysia (Standards Malaysia) menerusi makluman terkini yang dimuat naik dan dikemas kini pada 22 Februari 2021 di dalam Laman Web Rasmi Standards Malaysia www.jsm.gov.my bagi Skim Akreditasi Makmal Malaysia, bahawa status makmal panel halal HALVEC LABORATORIES SDN. BHD. (SAMM No. 770) adalah telah diakreditasi (accredited) bermula tarikh 20 Februari 2021 sah hingga 17 Mei 2022 bagi bidang ujian kimia dan asid nukleik (Chemical and Nucleic Acid Fields of Testing) .

Sehubungan itu, bagi memenuhi keperluan pengiktirafan sebagai Makmal Panel Halal, status HALVEC LABORATORIES SDN. BHD. kini masih digantung sementara berikutan perpindahan lokasi premis makmal sehingga pemeriksaan semula dijalankan oleh pihak JAKIM berdasarkan peruntukan di dalam Manual Makmal Panel Halal (Semakan Kedua) 2019.

Sebarang pertanyaan berkaitan boleh dikemukakan kepada:-

En. Shahriman bin Ali Pitchay
📧:-shahriman@islam.gov.my
☎️:-03-88925182

Terima kasih.

"Yakini Halal Malaysia"

Seksyen Komunikasi Korporat,
Bahagian Pengurusan Halal,
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia.
📧 pr_halal.islam@1govuc.gov.my
☎ 03-8892 5000/1
12 Rejab 1442H
24 Februari 2021M
http://bit.ly/FBHABHALAL
www.halal.gov.my

#YakiniHalalMalaysia
#SemakSebelumSebar
#MusaadahCovid19
#AgainstCovid19

modules/news