Pengumuman :

Semak Status Halal :

Lawatan dari RISDA Livestok Sdn. Bhd.

Dalam misi melebar risalah dan menyantuni ummah, Bahagian Pengurusan Halal dan Majlis Halal Malaysia, JAKIM telah menerima kunjungan hormat dari RISDA Livestok Sdn. Bhd. yang diketuai oleh YBrs. Tuan. Marhalim B. Hj. Hashim, Ketua Pegawai Eksekutif syarikat pada 18 Februari yang lalu.

Kunjungan hormat dari pihak RISDA Livestock yang berlangsung di Blok D, Kompleks Islam Putrajaya ini bertujuan untuk mengetahui dengan lebih dekat polisi dan prosedur Pensijilan Halal Malaysia yang dilaksanakan oleh JAKIM melalui Bahagian Pengurusan Halal dan Majlis Halal Malaysia, JAKIM di samping meningkatkan lagi hubungan dan persefahaman antara pihak Syarikat dan JAKIM.

Kunjungan yang berlangsung selama hampir 1 jam itu turut dihadiri oleh En Mohd Fakarudin Mas'od, Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Pengurusan Halal, JAKIM dan beberapa orang pegawai kanan dari Bahagian Pengurusan Halal dan Majlis Halal Malaysia, JAKIM.

*Ikuti pelbagai aktiviti yang melibatkan Halal Malaysia di:-

http://bit.ly/FBHABHALAL

http://bit.ly/AktiviitiHabHalal

 

www.halal.gov.my

www.islam.gov.my

 

#YakiniHalalMalaysia

#SemakSebelumSebar

#HalalConnectingTheWorld

#MelebarRisalahMenyantuniUmmah