Pengumuman :

Semak Status Halal :

Timbalan Ketua Pengarah Dasar JAKIM mengadakan walkabout ke Pusat Analisis Halal Malaysia (MyHAC)

Timbalan Ketua Pengarah Dasar JAKIM, Puan Hajjah Hakimah Binti Mohd  Yusoff telah mengadakan walkabout ke Pusat Analisis Halal Malaysia (MyHAC) Bandar Baru Enstek, Negeri Sembilan. Program yang membawa harapan dan inspirasi pihak tertinggi JAKIM terhadap penubuhan MyHAC  telah disampaikan dalam  amanat beliau kepada warga kerja MyHAC. Majlis ini turut dihadiri oleh Pengarah Bahagian Pengurusan Halal, Ustaz Bukhari Md Akhir,  wakil Pengarah Bahagian Kewangan dan wakil Pengarah Bahagian Khidmat Pengurusan. Semoga Halal Malaysia akan terus mengorak langkah memimpin Halal Global.

http://www.halal.gov.my

http://www.islam.gov.my

#YakiniHalalMalaysia

#SemakSebelumSebar

#HalalConnectingTheWorld

#MelebarRisalahMenyantuniUmmah