Announcement :

Verify Halal Status :

Keperluan dan Mekanisme Pensampelan Bagi Produk dan Bahan Mentah Berasaskan Kolagen Serta Gelatin Oleh Pemohon dan Pemegang SPHM.

http://bit.ly/FBHABHALAL

Info Terkini Halal Malaysia

Hebahan Kepada Pihak Pemohon / Pemegang Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) Bagi Tujuan Pelaksanaan:

Keperluan dan Mekanisme Pensampelan Bagi Produk dan Bahan Mentah Berasaskan Kolagen Serta Gelatin Oleh Pemohon dan Pemegang SPHM.

Sebagaimana pihak industri, pemohon dan pemegang Pensijilan Halal Malaysia sedia maklum bahawa produk dan bahan mentah berasaskan kolagen serta gelatin adalah dikategorikan sebagai salah satu produk atau bahan mentah kritikal yang bersumberkan haiwan.

Justeru keperluan kepada Sijil Pengesahan Halal daripada Badan Pensijilan Halal serta Sijil atau Keputusan Analisis Deoxyribonucleic Acid (DNA) yang diiktiraf kedua-duanya merupakan syarat utama dalam permohonan pensijilan halal.

Sehubungan dengan itu, bagi tujuan dan maksud pengesahan sumber produk dan bahan mentah berasaskan kolagen serta gelatin, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) selaku penyelaras beserta Jabatan-Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN) melalui Mesyuarat Jawatankuasa Pelaksana Pensijilan Halal Malaysia Bil. 3 Tahun 2020 yang bersidang pada 9 Disember 2020 telah bersetuju  bahawa perlunya satu mekanisme khusus dalam urusan pensampelan produk dan bahan mentah berasaskan kolagen serta gelatin diselaraskan pelaksanaannya dalam kalangan pemohon dan pemegang SPHM di seluruh negara.

Inisiatif serta langkah ini akan membabitkan sektor industri (pemohon dan pemegang SPHM) yang terlibat secara langsung dalam pengeluaran / pembungkusan semula / pengedar / pengimport /agen tunggal produk serta bahan mentah berasaskan kolagen serta gelatin.

Mekanisme ini hendaklah dipatuhi dan dilaksanakan secara seragam oleh pihak  pemohon dan pemegang SPHM bagi produk dan bahan mentah berasaskan kolagen serta gelatin di seluruh negara bermula  2 Januari tahun 2021.

Berikut merupakan keperluan dan mekanisme pensampelan bagi produk dan bahan mentah berasaskan kolagen serta gelatin yang perlu dipatuhi oleh
pemohon dan pemegang Sijil Pengesahan Halal Malaysia:

1️⃣ Sampel produk dan bahan mentah adalah yang berasaskan kolagen dan  gelatin.

✳️ Keperluan/Mekanisme:-

Keperluan kepada Sijil / Keputusan  Analisis DNA selain daripada Sijil Pengesahan Halal yang diiktiraf.

📝 Catatan:-

Sama ada produk dan  bahan mentah berasaskan kolagen serta gelatin yang dikilangkan / diimport / dibungkus semula.

2️⃣ Kriteria pemohon / pemegang Sijil Pengesahan Halal Malaysia Malaysia (SPHM) yang perlu mengemukakan Sijil/Keputusan  Analisis DNA.

✳️ Keperluan/Mekanisme:-

Syarikat pemohon / pemegang SPHM:

- Pengedar Tunggal /
  Pengimport;

- Pengilang / Pengeluar;

- Pertama kali mohon
  Pensijilan Halal; dan

- Terdapat pertukaran
  pembekal bahan mentah / pembekal baharu.

📝 Catatan:-

Pemohon dikehendaki menghantar sampel terlebih dahulu kepada Jabatan Kimia Malaysia (JKM) sebelum mengemukakan permohonan pensijilan Halal, manakala bagi pemegang SPHM sedia ada juga dikehendaki menghantar sampel kolagen serta/atau gelatin ke JKM bagi mendapatkan keputusan / Sijil Analisis DNA untuk tujuan rekod syarikat pemegang SPHM.

3️⃣ Tatacara pengambilan serta penghantaran sampel produk dan bahan mentah berasaskan kolagen dan gelatin.

✳️ Keperluan/Mekanisme:-

Tertakluk kepada Garis Panduan Penghantaran Sampel, Perkhidmatan Analisis Halal Jabatan Kimia Malaysia.

📝 Catatan:-

Laman Sesawang Rasmi Jabatan Kimia Malaysia:
www.kimia.gov.my

4️⃣ Penentuan Makmal Analisis.

✳️ Keperluan/Mekanisme:-

Keutamaan adalah sampel dihantar untuk ujian makmal serta keputusan dari Jabatan Kimia Malaysia.

📝 Catatan:-

Sijil / Keputusan Analisis DNA akan digunapakai bagi tujuan Pensijilan Halal Malaysia

5️⃣ Bidang ujian (Analisis Makmal)

✳️ Keperluan/Mekanisme:-

Asid Nukleik: Parameter DNA Lembu, Kerbau dan Babi.

📝 Catatan:-

Parameter berkenaan diterima pakai Jabatan Kimia Malaysia.

6️⃣ Keperluan pengambilan sampel berasaskan kolagen serta gelatin.

✳️ Keperluan/Mekanisme:-

Auditor Pensijilan Halal dan Pegawai Pemantauan Halal JAKIM serta JAIN berhak mengambil sampel di lapangan dan menghantar sampel untuk dianalisis sekiranya terdapat keperluan atau keraguan.

▶️ Untuk maklumat lanjut, boleh rujuk Seksyen Pematuhan, Cawangan Naziran, Bahagian Pengurusan Halal, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia :-

👨🏻‍💼Encik Shariman bin Ali Pitchay,
📧shahriman@islam.gov.my
☎️03-88925182

🧕🏻Puan Normaliza binti Sahat,
📧normaliza@islam.gov.my
☎️03-88925077

Terima kasih

"Yakini Halal Malaysia"

Seksyen Komunikasi Korporat,
Bahagian Pengurusan Halal,
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia.
📧 pr_halal@islam.gov.my
☎ 03-8892 5000/1
02 Jamadilakhir 1442H
15 Januari 2021M


199377:204
199372:190 modules/news