Pengumuman :

Semak Status Halal :

PENARIKAN PENGIKTIRAFAN BADAN PENSIJILAN HALAL LUAR NEGARA

Adalah dimaklumkan bahawa bahagian Hab Halal JAKIM, telah memutuskan untuk MENARIK BALIK pengiktirafan ke atas Badan Pensijilan Halal Luar Negara Yang Diiktiraf di negara Australia seperti berikut:

THE ISLAMIC CO-ORDINATING COUNCIL OF VICTORIA (ICCV) (Australia)

Penarikan balik pengiktirafan ini adalah berkuatkuasa mulai 25 september 2019. Sehubungan itu, tuan/puan dipohon mengambil maklum dan merujuk kepada senarai terkini Badan Pensijilan Halal Luar Negara Yang Diiktiraf oleh JAKIM melalui laman sesawang www.halal.gov.my.

Muat Turun Dokumen

 

Adalah dimaklumkan bahawa bahagian Hab Halal JAKIM, telah memutuskan untuk MENARIK BALIK pengiktirafan ke atas tiga (3) Badan Pensijilan Halal Luar Negara Yang Diiktiraf di negara Australia seperti berikut:

   1.  Adelaide Mosque Islamic Society of South Australia (Australia)
   2.  Al-Iman Islamic Society Inc. ( Australia ); dan
   3.  Islamic Co-ordinating Council of Victoria (Australia).

Penarikan balik pengiktirafan ini adalah berkuatkuasa mulai 8 Februari 2018. Sehubungan itu, tuan/puan dipohon mengambil maklum dan merujuk kepada senarai terkini Badan Pensijilan Halal Luar Negara Yang Diiktiraf oleh JAKIM melalui laman sesawang www.halal.gov.my.

Muat Turun Dokumen