Announcement :

Verify Halal Status :

Kunjungan Hormat Daripada Duta Besar Republik Croatia di Malaysia ke Bahagian Hab Halal, JAKIM

Putrajaya,- 6 April 2018 / 19 Rejab 1439H (Jumaat), Kompleks Islam Putrajaya - Bahagian Hab Halal telah menerima kunjung hormat daripada Duta Besar Republik Croatia di Malaysia iaitu HE Krešo Glava? beserta dengan Timbalannya iaitu Ms. Tamara Crnjac.

Pertemuan ini membincangkan kepada fokus & hasrat Badan Pensijilan Halal di Croatia bagi mendapatkan pengiktirafan daripada JAKIM. Mereka amat memandang tinggi kredibiliti JAKIM sebagai authoriti halal dunia dan berharap dengan adanya pengiktirafan tersebut akan membuka lebih ruang kepada komuniti Muslim di sana yg telah bertapak sejak 100 tahun yg lalu.

Selain daripada itu, perbincangan tersebut juga berkisar kepada peluang menjalinkan kerjasama dalam bidang lain seperti perdagangan, ekonomi Islam & pelancongan di antara kedua-dua negara.

 


729704:191 modules/news