Pengumuman :

Semak Status Halal :

Urusan Permohonan Pensijilan Halal

Sejauhmanakah penglibatan pihak ketiga dalam urusan permohonan Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) dibenarkan?

Berdasarkan Pekeliling Pensijilan Halal Malaysia bilangan 1 tahun 2014 :

  • JAKIM & JAIN telah bersetuju bahawa sebarang urusan permohonan SPHM hendaklah diuruskan secara terus oleh pemohon TANPA melalui PIHAK KETIGA.
  • Ini bertujuan supaya pemohon sendiri MEMAHAMI segala syarat, keperluan, peraturan & prosedur pensijilan halal sebelum membuat permohonan.
  • Penggunaan pihak ketiga boleh membawa implikasi kepada permohonan tidak berjaya atau tidak diproses. JAKIM/JAIN tidak bertanggungjawab di atas sebarang masalah yang timbul disebabkan perkara ini.

Tahukah anda

Khidmat nasihat pensijilan halal Malaysia adalah PERCUMA dan boleh diperoleh melalui:-

  • Kaunter Khidmat Pelanggan/pertanyaan di Bahagian Pengurusan Halal, JAKIM atau Bahagian Pengurusan Halal Negeri-negeri di Malaysia (JAIN)
  • Panggilan telefon 03-88925000/5001 (Bahagian Pengurusan Halal, JAKIM) atau melalui talian Bahagian Pengurusan Halal JAIN.
  • Emel pr_halal@islam.gov.my atau emel ke Bahagian Pengurusan Halal JAIN.
  • Facebook Bahagian Hab Halal, JAKIM (http://bit.ly/FBHABHALAL) atau Facebook Bahagian Pengurusan Halal Negeri JAIN.
  • Pameran/Kiosk Bimbingan yang dibuka oleh JAKIM/JAIN.
  • Rundingan JAKIM - Industri (Isu-isu semasa pensijilan halal, program-program yang melibatkan industri dan agensi pembimbing serta JAKIM seperti Round Table Discussion, lawatan, kunjung hormat dan lain-lain)

💫Untuk mengetahui senarai dan informasi Bahagian Pengurusan Halal Negeri-negeri di Malaysia, klik:-

https://m.facebook.com/pg/HabHalalJakim/photos/?tab=album&album_id=1306687236157213&ref=page_internal

 

#YakiniHalalMalaysia

#HalalConnectingTheWorld

#HalalMalaysiaHaveFaith

modules/news