Pengumuman :

Semak Status Halal :

Halal Malaysia Terus Unggul Di Persada Dunia Logistik

PETALING JAYA –Satu lagi sejarah tercipta dan dilakarkan oleh Halal Malaysia pada 20 September semalam apabila logistik halal bagi pembawa kargo airlines di bawah seliaan  MAB Kargo Sdn Bhd (MAS Kargo) telah dilancarkan sejak  menerima Sijil Pengesahan Halal Malaysia daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) pada 01 Mei 2019 lalu.

Pelancaran yang disempurnakan oleh YB Datuk Seri Dr. Mujahid Bin Yusof, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri dan dihadiri jua oleh Ketua Pegawai Eksekutif, MAS Kargo, Ibrahim Mohamed Salleh menunjukkan salah satu kejayaan dan  pencapaian yang membanggakan hasil kerjasama antara JAKIM dan MAS Kargo serta menjadi satu penanda aras bahawa pensijilan halal bertaraf dunia terus menjadi industri yang mesra dari pelbagai sektor dan perusahaan dari mikro sehingga ke tahap multinasional.

Pensijilan halal yang ditawarkan JAKIM pastinya membuka peluang yang lebih besar kepada pemain industri untuk memasuki pasaran global dan ia dibuktikan dengan kejayaan MAB Kargo yang berjaya meluaskan jalinan kerjasama bagi segmen logistik dan teknologi dengan beberapa syarikat dalam dan luar negara serta turut dimeterai semasa majlis ini berlangsung.

Majlis pelancaran  yang turut dihadiri oleh YBhg. Dato’ Dr. Sirajuddin Suhaimee, Pengarah Sekretariat Majlis Halal Malaysia dan YBrs, Tuan Bukhari Md. Akhir, Pengarah Bahagian Pengurusan Halal JAKIM serta pegawai-pegawai  daripada kedua-dua bahagian ini menunjukkan bahawa kesedaran terhadap pensijilan halal Malaysia telah berada dalam satu peringkat yang memuaskan dan membuktikan ia sangat signifikan dengan keperluan industri halal yang sentiasa menitikberatkan setiap rantaian halal adalah terjamin untuk kemaslahatan pengguna.

Sehingga kini, JAKIM telah memperuntukkan lapan (8) skim untuk tujuan pensijilan halal termasuk memperluaskan skop pensijilan halal yang bersesuaian dengan keperluan industri iaitu skim logistik halal. Skim tersebut merangkumi Pensijilan Pergudangan, Peruncitan dan Pengangkutan Halal seterusnya membuktikan rahmah pensijilan halal terus membawa manfaat kepada semua pihak.

*Ikuti pelbagai aktiviti yang melibatkan Halal Malaysia di:-

http://bit.ly/FBHABHALAL

http://bit.ly/AktiviitiHabHalal

http://www.halal.gov.my/

http://www.islam.gov.my/

 

#YakiniHalalMalaysia

#HalalMalaysiaMenerajuiDunia

#MelebarRisalahMenyantuniUmmah

#RahmatanLil’Alamin

#Rahmah