Pengumuman :

Semak Status Halal :

JAKIM & MAB Kargo Sdn Bhd Perkukuhkan Hubungan Kerjasama

PUTRAJAYA, 21 Jun 2019 – Bahagian Pengurusan Halal dan Sekretariat Majlis Halal Malaysia JAKIM , hari ini menerima kunjungan hormat daripada MAB Kargo Sdn Bhd yang merupakan syarikat pertama dan satu-satunya industri yang berjaya memperolehi pensijilan halal Malaysia di bawah skim logistik bagi perkhidmatan Kargo yang ditawarkan.

Perbincangan yang berlangsung di Blok D, Kompleks Islam Putrajaya ini bertujuan memperkukuh hubungan yang baik antara MAB dan JAKIM serta meneroka peluang kerjasama yang baru untuk pengurusan halal di MAB Kargo Sdn Bhd.Hasrat yang disampaikan ini tidak lain dan tidak bukan hanyalah untuk memastikan halal Malaysia terus kekal unggul di persada dunia.

Kunjungan hormat yang berlangsung selama satu jam ini telah disantuni oleh Tuan Bukhari Md. Akhir, Pengarah Bahagian Pengurusan Halal dan YBhg. Dato’ Dr. Sirajuddin Suhaimee, Pengarah  Sekretariat Majlis Halal Malaysia. Manakala, MAB Kargo diketuai oleh Encik Ibrahim Mohamed Salleh, Ketua Pegawai Eksekutif.

Pertemuan seumpama ini merupakan inisiatif yang sentiasa diterima baik oleh JAKIM kerana ia menjadi salah satu medium pertemuan bersemuka yang berkesan untuk membantu dan mengorak langkah secara bersama dalam usaha memperkasa Halal Malaysia serta meningkatkan lagi imej pensijilan halal Malaysia.

*Ikuti pelbagai aktiviti yang melibatkan Halal Malaysia di:-

 

http://bit.ly/FBHABHALAL

http://bit.ly/AktiviitiHabHalal

http://www.halal.gov.my/

http://www.islam.gov.my/

 

#YakiniHalalMalaysia

#HalalMalaysiaMenerajuiDunia

#MelebarRisalahMenyantuniUmmah

#Rahmah


3097981:195
3097973:194 modules/news