Announcement :

Verify Halal Status :

Persatuan Peladang Kawasan Gombak dan Petaling Bantu Usahawan Ke Arah Pensijilan Halal Malaysia

PUTRAJAYA, 03 Mei 2019 - Bahagian Pengurusan Halal, JAKIM telah menerima kunjungan daripada Persatuan Peladang Daerah Kawasan Gombak dan Petaling yang diketuai oleh Encik Mohd Aizat Bin Rostam, Pengurus Besar Peladang (Kawasan Gombak dan Petaling) bersama Avantcom International Sdn. Bhd.

Perbincangan yang berlangsung di Blok D, Kompleks Islam Putrajaya ini bertujuan meneroka ruang dan peluang kerjasama strategik serta mendapatkan khidmat nasihat JAKIM mengenai pensijilan halal Malaysia ke arah melahirkan lebih ramai pemegang sijil halal yang terdiri dari usahawan bimbingan Persatuan Peladang.

Sesi perbincangan yang berlangsung lebih satu jam ini turut membincangkan hala tuju dan perancangan Persatuan ke arah memastikan maklumat berhubung prosedur pensijilan halal Malaysia dapat diterima dan disalurkan secara langsung kepada usahawan di bawah bimbingan mereka.

Bahagian Pengurusan Halal, JAKIM yang diketuai oleh Pengarah Bahagian iaitu Tuan Bukhari Md. Akhir bersama-sama pegawai kanan yang hadir turut berbesar hati dan mengalu-alukan kerjasama yang diperlukan oleh pihak Persatuan untuk memastikan usaha menyantuni industri ke arah memahami skop dan prosedur pensijilan halal dapat disalurkan dengan tepat dan difahami dengan baik.

Semoga usaha ini akan diteruskan menerusi satu sinergi yang lebih erat pada masa akan datang bagi memastikan  hasrat kerajaan untuk terus memartabatkan Pensijilan Halal Malaysia  di persada dunia.

 

*Ikuti pelbagai aktiviti yang melibatkan Halal Malaysia di:-

 

http://bit.ly/FBHABHALAL

http://bit.ly/AktiviitiHabHalal

http://www.halal.gov.my/

http://www.islam.gov.my/

 

#YakiniHalalMalaysia

#HalalMalaysiaMenerajuiDunia

#MelebarRisalahMenyantuniUmmah

#Rahmah


3098227:183 modules/news